
BERITA TERKINI YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

Bersempena dengan kehadiran Ramadhan al Mubarak 1428 H ini, YSNS melebarkan sayapnya, bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan penuh keyakinan dan penuh iltizam dengan hasrat dan cita-cita menggunung, dengan pembukaan semula sekolah / madrasah yang kini diberi nama MAAHAD AS SOFA. Sekolah / Madrasah terdahulu di kenali dengan Maahad at Taufiqi al Hasani Chengkau, kini berwajah baru dengan suasana dan persekitaran yang baru di Kg Bukit Sembilan, 71350 Kota , N. Sembilan.
InsyaAllah , Maahad ini akan mula beroperasi pada Januari 2008 depan. Segala persiapan untuk pembukaan Maahad ini sudah di peringkat akhir dan permohonan ubntuk kemasukan para pelajar baru sedang dibuka sekarang. Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, bolehlah menghubungi Encik Saifulamrullah (013-641 7777) atau Mohd. Hanif (019-663 7785), Nurul Huda (019-384 9676) dan Maahad As Sofa ( Tel/Fax : 06-4450363 ).
SUKATAN MATA PELAJARAN :
|
TING
|
HIFZ AL QURAN
|
AKADEMIK
|
I’DADI / THANAWI
|
TING 1 / I’DADI 1
|
Juzu’ 1 hingga 6
|
·Bahasa Melayu ·Bahasa Inggeris ·Bahasa Arab ·Pendidikan Islam ·Sains ·Matematik ·Kemahiran Hidup ·Sejarah ·Geografi
|
·Nahu (Matan al Ajrumiyyah) ·Tauhid (Aqidah al Awam) ·Hadith (Arba’un al Nawawiyyah) ·Feqah (Safinah al Najah) ·Sirah (Nur al Uyun) ·Insya’ ·Mutala’ah |
TING 4 / THANAWI 1
|
Juzu’ 1 hingga 7
|
SPM · Bahasa Melayu · Bahasa Inggeris · Bahasa Arab Tinggi · Pendidikan al Quran dan Sunnah · Pendidikan Syariah Islamiah · Sains · Matematik · Sejarah |
· Tauhid (Jala’ al Afham) · Tafsir (Sofwah al Tafasir) · Feqah (Nail al Raja’) · (Tasawwuf) Bidayah al Hidayah · Sirah (Nur al Uyun) · Hadith (Syarh Arba’in al Nawawiyyah) · Ulum Hadith (al Qawaid al Asasiyyah fi Mustolah al Hadith) · Ulum al Quran (al Qawaid al Asasiyyah fi Ulum al Quran) · Usul Fiqh (Syarh Manzumah al Waraqaat fi Usul al Fiqh) · Nahu dan Saraf (Tuhfah al Saniyyah) · Insya’ dan Mutala’ah
|
TING 6 / THANAWI 3
|
Juzu’ 1 hingga 5
|
STAM · Hifz al Quran dan Tajwid · Fiqh · Tauhid dan Mantiq · Tafsir dan Ulumuhu · Hadith dan Mustolah · Nahu dan Sarf · Insya’ dan Mutala’ah · Adab dan Nusus · ‘Arudh dan Qafiyah · Balaghah |
MANHAJ DAKWAH · Sofwah al Tafasir (Juzu’ 30) · Sohih al Bukhari · Mafahim Yajibu An Tusohhah · Jiyad al Musalsalat · Khitabah · Terjemahan |
PENGENALAN :
MAAHAD AS SOFA merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang dikelolakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (No.Pen.0202/04/9). Maahad ini memberikan penekanan kepada pengajian ilmu agama dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan ayat-ayat al Quran.
Bagi mencapai matlamat tersebut, maahad ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi ulama’ yang belajar secara menghafaz matan-matan ilmu dan ayat-ayat al Quran. Di samping itu juga, para pelajar turut diajar dengan mata pelajaran akademik oleh guru-guru yang berkelulusan dan berpengalaman.
Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai ilmu agama dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran Maahad ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli profesional Islam yang hebat.
FALSAFAH :
“Membentuk llmuwan Islam
Yang Profesional, Bertaqwa dan Terbilang”
OBJEKTIF :
· Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama’ silam
· Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil
· Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
· Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar dengan al Quran dan Sunnah
· Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuan Islam yang profesional dan berwawasan.
PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN :
1. TINGKATAN 1 / I’DADI
2. TINGKATAN 4 / THANAWI 1
3. THANAWI 3 (STAM)
SUBJEK YANG DITAWARKAN :
|
TING
|
HIFZ AL QURAN
|
AKADEMIK
|
I’DADI / THANAWI
|
| TING 1 / I’DADI 1 |
Juzu’ 1 hingga 6 |
·Bahasa Melayu ·Bahasa Inggeris ·Bahasa Arab ·Pendidikan Islam ·Sains ·Matematik ·Kemahiran Hidup ·Sejarah ·Geografi |
·Nahu (Matan al Ajrumiyyah) ·Tauhid (Aqidah al Awam) ·Hadith (Arba’un al Nawawiyyah) ·Feqah (Safinah al Najah) ·Sirah (Nur al Uyun) ·Insya’ ·Mutala’ah |
| TING 4 / THANAWI 1 |
Juzu’ 1 hingga 7 |
SPM · Bahasa Melayu · Bahasa Inggeris · Bahasa Arab Tinggi · Pendidikan al Quran dan Sunnah · Pendidikan Syariah Islamiah · Sains · Matematik · Sejarah |
· Tauhid (Jala’ al Afham) · Tafsir (Sofwah al Tafasir) · Feqah (Nail al Raja’) · (Tasawwuf) Bidayah al Hidayah · Sirah (Nur al Uyun) · Hadith (Syarh Arba’in al Nawawiyyah) · Ulum Hadith (al Qawaid al Asasiyyah fi Mustolah al Hadith) · Ulum al Quran (al Qawaid al Asasiyyah fi Ulum al Quran) · Usul Fiqh (Syarh Manzumah al Waraqaat fi Usul al Fiqh) · Nahu dan Saraf (Tuhfah al Saniyyah) · Insya’ dan Mutala’ah |
| TING 6 / THANAWI 3 |
Juzu’ 1 hingga 5 |
STAM · Hifz al Quran dan Tajwid · Fiqh · Tauhid dan Mantiq · Tafsir dan Ulumuhu · Hadith dan Mustolah · Nahu dan Sarf · Insya’ dan Mutala’ah · Adab dan Nusus · ‘Arudh dan Qafiyah · Balaghah |
MANHAJ DAKWAH · Sofwah al Tafasir (Juzu’ 30) · Sohih al Bukhari · Mafahim Yajibu An Tusohhah · Jiyad al Musalsalat · Khitabah · Terjemahan |
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
TINGKATAN 1 / I’DADI
· Boleh membaca al Quran dan menulis jawi
· Sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR
· Berminat menghafaz al Quran
TINGKATAN 4 / THANAWI 1
· Mempunyai asas Bahasa Arab
· Boleh membaca al Quran dan menulis jawi
· Berminat menghafaz al Quran
THANAWI 3 (STAM)
· Memiliki sijil SPM
· Terbuka kepada semua pelajar sekolah-sekolah agama dan sekolah yang beraliran agama
· Boleh membaca al Quran dan menulis jawi
· Berminat Menghafaz al Quran
KELEBIHAN YANG DISEDIAKAN :
· Pengajian ilmu yang meluas.
Sistem pengajian bersanad. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian kitab yang disediakan akan dianugerahkan sanad dan ijazah. Pengambilan ilmu secara talaqqi. Berpeluang mengikuti Majlis Khatam Sohih al Bukhari pada setiap bulan Rejab.
· Hafiz al Quran
Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz di bawah bimbingan guru al Quran yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri.
· Kemahiran Berbahasa
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
· Penterjemahan
Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku.
· Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri serta berpengalaman
· Program Bersama Ulama’ Dunia Islam
Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari Timur Tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke madrasah ini.
· Sistem Pentarbiahan Mengikut Salafussoleh
Pelajar ditarbiah membudayakan akhlak salafussoleh dan mempraktikkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan wirid secara konsisten dan sistematik.
· Peluang Melanjutkan Pelajaran
Pelajar yang berjaya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri seperti Mesir, Sudan, Jordan, Yaman, Syria dan sebagainya.
· Biasiswa
Pelajar yang cemerlang akan ditanggung sepenuhnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
· Perpustakaan
Kemudahan perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan.
· Kelas Komputer
Pelajar berpeluang mengikuti kelas komputer dan mempelajari kemahiran yang disediakan.
· Kemudahan Penginapan
Penginapan yang selesa dan mempunyai panorama yang indah.
· Penyediaan silibus berdasarkan kepada idea dan seliaan pakar-pakar berikut :
- Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki (Pakar Hadith dari Makkah al Mukarramah)
- Al Mufassir Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki (Pakar Tafsir dari Makkah al Mukarramah)
- Al Muhaddith Sayyid Muhammad Abdul Ba’ith ibn Ibrahim al Kitani (Pakar Hadith Mesir)
- Al Usuli Dr. Umar Kamil (Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam di Arab Saudi dan Wakil Hubungan Antara Maahad as Sofa dan Universiti al Azhar)
- Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan).
YURAN PENGAJIAN :
Yuran terendah disediakan
· Yuran Pendaftaran (sekali) RM 100
· Yuran Persekolahan (bulanan) RM 70
· Yuran Asrama (bulanan) RM 30
· Yuran Makan (bulanan) RM 150
- Tidak termasuk buku-buku dan alat tulis
- Pinjaman buku teks disediakan
- Yuran dikecuali bagi pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan yang tidak berkemampuan.
HARI PERSEKOLAHAN
|
HARI
|
|
| ISNIN |
|
| SELASA |
|
| RABU |
|
| KHAMIS |
SEPARUH HARI |
| JUMAAT |
CUTI * |
| SABTU |
|
| AHAD |
|
Cuti pada hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad sekali dalam sebulan pada minggu pelajar balik ke kampung.
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH :
Pelajar Lelaki
· Baju Melayu Moden warna Kelabu Terang
· Seluar Panjang Hitam
· Kopiah Putih Pendang (boleh didapati di Koperasi Maahad) dan Songkok Hitam
· Kasut Hitam
Pelajar Perempuan
· Baju Kurung Kelabu Terang
· Kain Susun Hitam
· Tudung Labuh Putih
· Kasut Hitam
PAKAIAN ASRAMA
Sopan dan Menutup Aurat
PERMOHONAN :
Permohonan dibuka sekarang. Sesi persekolahan akan bermula pada awal Januari 2008. Pengambilan pelajar adalah terhad. Pelajar yang berminat bolehlah mengisi borang yang disediakan bagi memohon Borang Permohonan Kemasukan Maahad as Sofa kepada:
BORANG PERMOHONAN MASUK :
PENDAFTAR
MAAHAD AS SOFA
Km 35, Jalan Seremban Tampin
Kg. Bukit Sembilan
71350 Kota
N.Sembilan Darul Khusus
Atau,
Menghubungi terus:
Talian kami: Tel/ Faks : 06 4450363
@ Ustaz Saiful Amrullah bin Mahmud –
Timbalan Mudir (013 6417777)
@ Encik Mohd Hanif bin Hamid (019 6637785)
@ Cik Nurulhuda binti Yusop (019 3849676)