
MAAHAD AS SOFA NEGERI SEMBILAN

MAAHAD AS SOFA merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang dikelolakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (No.Pen.0202/04/9). Maahad ini memberikan penekanan kepada pengajian ilmu agama dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan ayat-ayat al Quran.
Bagi mencapai matlamat tersebut, maahad ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi ulama’ yang belajar secara menghafaz matan-matan ilmu dan ayat-ayat al Quran. Di samping itu juga, para pelajar turut diajar dengan mata pelajaran akademik oleh guru-guru yang berkelulusan dan berpengalaman.
Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai ilmu agama dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran Maahad ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli profesional Islam yang hebat.
FALSAFAH : “Membentuk llmuwan Islam Yang Profesional, Bertaqwa dan Terbilang”
OBJEKTIF :·
Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama’ silam
· Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil
· Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
· Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar dengan al Quran dan Sunnah
· Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuan Islam yang profesional dan berwawasan.
PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN :
1. TINGKATAN 1 / I’DADI
2. TINGKATAN 4 / THANAWI 1
( dan seterusnya mengikut perubahan sesi persekolahan bagi tahun baru )
SUBJEK YANG DITAWARKAN :
|
TING
|
HIFZ AL QURAN
|
AKADEMIK
|
I’DADI / THANAWI
|
TING 1 / I’DADI 1
|
Juzu’ 1 hingga 6
|
·Bahasa Melayu ·Bahasa Inggeris ·Bahasa Arab ·Pendidikan Islam ·Sains ·Matematik ·Kemahiran Hidup ·Sejarah ·Geografi
|
·Nahu (Matan al Ajrumiyyah) ·Tauhid (Aqidah al Awam) ·Hadith (Arba’un al Nawawiyyah) ·Feqah (Safinah al Najah) ·Sirah (Nur al Uyun) ·Insya’ ·Mutala’ah
|
TING 4 / THANAWI 1
|
Juzu’ 1 hingga 7
|
SPM · Bahasa Melayu · Bahasa Inggeris · Bahasa Arab Tinggi · Pendidikan al Quran dan Sunnah · Pendidikan Syariah Islamiah · Sains · Matematik · Sejarah
|
· Tauhid (Jala’ al Afham) · Tafsir (Sofwah al Tafasir) · Feqah (Nail al Raja’) · (Tasawwuf) Bidayah al Hidayah · Sirah (Nur al Uyun) · Hadith (Syarh Arba’in al Nawawiyyah) · Ulum Hadith (al Qawaid al Asasiyyah fi Mustolah al Hadith) · Ulum al Quran (al Qawaid al Asasiyyah fi Ulum al Quran) · Usul Fiqh (Syarh Manzumah al Waraqaat fi Usul al Fiqh) · Nahu dan Saraf (Tuhfah al Saniyyah) · Insya’ dan Mutala’ah
|
|
|
|
|
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
TINGKATAN 1 / I’DADI
· Sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR
· Berminat dan mampu menghafaz al Quran
· Mahir membaca al Quran dan menulis jawi
TINGKATAN 4 / THANAWI 1
· Memiliki asas Bahasa Arab
· Mahir membaca al Quran dan menulis jawi
· Berminat dan mampu menghafaz al Quran
KELEBIHAN YANG DISEDIAKAN
Sistem pengajian bersanad. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian kitab yang disediakan akan dianugerahkan sanad dan ijazah. Pengambilan ilmu secara talaqqi. Berpeluang mengikuti Majlis Khatam Sohih al Bukhari pada setiap bulan Rejab.
· Hafiz al Quran
Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz di bawah bimbingan guru al Quran yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri.
· Kemahiran Berbahasa
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
· Penterjemahan
Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku.
· Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri serta berpengalaman
· Program Bersama Ulama’ Dunia Islam
Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari Timur Tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke madrasah ini.
· Sistem Pentarbiahan Mengikut Salafussoleh
Pelajar ditarbiah membudayakan akhlak salafussoleh dan mempraktikkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan wirid secara konsisten dan sistematik.
· Biasiswa
Pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan bersungguh-sungguh. Diberi keutamaan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
· Perpustakaan
Kemudahan perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan.
· Kelas Komputer
Pelajar berpeluang mengikuti kelas komputer dan mempelajari kemahiran yang disediakan.
· Kemudahan Penginapan
Penginapan yang selesa dan mempunyai panorama yang indah.
· Penyediaan silibus berdasarkan KBSM Kementerian Pelajaran Malaysia dan pengajian Islam tambahan disusun berdasarkan idea dan seliaan pakar-pakar berikut :
- Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki (Pakar Hadith dari Makkah al Mukarramah)
- Al Mufassir Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki (Pakar Tafsir dari Makkah al Mukarramah)
- Al Muhaddith Sayyid Muhammad Abdul Ba’ith ibn Ibrahim al Kitani (Pakar Hadith Mesir)
- Al Usuli Dr. Umar Kamil (Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam di Arab Saudi dan Wakil Hubungan Antara Maahad as Sofa dan Universiti al Azhar)
- Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan).
SENARAI YURAN DAN KEPERLUAN SEKOLAH SESI 2009
A. Bayaran Yuran Persekolahan
|
Jenis Yuran
|
Bulanan (RM)
|
Tahunan (RM)
|
Keseluruhan (RM)
|
Jumlah (hari pendaftaran ) |
Pendaftaran
|
|
|
300.00
|
300.00
|
Persekolahan
|
120.00
|
|
|
120.00
|
Makan
|
225.00
|
|
|
225.00
|
Asrama
|
45.00
|
|
|
45.00
|
Komputer
|
10.00
|
|
|
10.00
|
Hemat Diri
|
|
100.00
|
|
100.00
|
Cagaran
|
|
200.00
|
|
200.00
|
Jumlah
|
400.00
|
300.00 (1X)
|
300.00 (1X)
|
1000.00
|
B. Keperluan Persekolahan / Asrama
|
BIL.
|
PERKARA
|
TING. 1
|
TING. 4
|
1
|
Buku Kerja Akademik 1.1 Bahasa Melayu 1.2 Bahasa Inggeris 1.3 Mathematics 1.4 Science 1.5 Sejarah 1.6 Geografi 1.7 KH (Perdagangan) 1.8 Pendidikan Islam 1.9 Pend. Syariah Islamiah 1.10 Pend. Al Quran & Sunnah 1.11 Buku Kerja Bahasa Arab 1.12 Buku Kerja Bahasa Arab Tinggi
|
RM4.20 RM4.20 RM4.20 RM7.95 RM4.20 RM4.20 RM6.90 RM5.00 RM7.90
|
RM4.50 RM4.50 RM4.50 RM7.95 RM4.50 RM5.00 RM5.00 RM8.50
|
2
|
Buku Tulis ( 20 buah x RM0.70 )
|
RM14.00
|
RM14.00
|
3
|
Buku Amali / Nota ( 5 buah x RM1.80 )
|
RM9.00
|
RM9.00
|
4
|
Exam. Pad A4 ( 2 x RM2.00 )
|
RM4.00
|
RM4.00
|
5
|
Buku Peraturan Sekolah
|
RM5.00
|
RM5.00
|
6
|
Buku Peraturan Asrama
|
RM3.00
|
RM3.00
|
7
|
Rekod Kemajuan Hafazan Pelajar
|
RM8.00
|
RM8.00
|
8
|
Kad Perpustakaan
|
RM2.00
|
RM2.00
|
9
|
Kad Makmal Komputer
|
RM2.00
|
RM2.00
|
10
|
Baju Rasmi ( lelaki )
|
RM40.00
|
RM40.00
|
11
|
Baju Rasmi ( perempuan )
|
RM45.00
|
RM45.00
|
12
|
Set Cadar Sekolah
|
RM35.00
|
RM35.00
|
13
|
Ahli Koperasi Sekolah
|
RM5.00
|
RM5.00
|
14
|
Yuran Peperiksaan
|
RM10.00
|
RM10.00
|
15.
|
Kad Matik Pelajar
|
|
|
16
|
Baju ‘T’ Sekolah Lengan Panjang (P)
|
|
|
17
|
Baju ‘T’ Sekolah (L)
|
|
|
18
|
Kopiah Rasmi
|
|
|
19
|
Samping Maahad
|
|
|
20
|
Track Bottom Maahad
|
|
|
|
Jumlah ( lelaki ) ( perempuan)
|
RM185.75 RM190.75
|
RM181.45 RM186.45
|
Sekian, terima kasih.
“MEMBENTUK ILMUAN ISLAM YANG PROFESIONAL, BERTAQWA & TERBILANG”
(AZDIYAH BT. OTHMAN)
Pengetua
Maahad As Sofa.
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH :
Pelajar Lelaki
· Baju Melayu Moden warna Kelabu Terang
· Seluar Panjang Hitam
· Songkok Hitam
· Kasut Hitam
Pelajar Perempuan
· Baju Kurung Kelabu Terang
· Kain Susun Hitam
· Tudung Labuh Putih
· Kasut Hitam
PAKAIAN ASRAMA:
Sopan dan Menutup Aurat
PERMOHONAN :
Permohonan dibuka sekarang. Sesi pendaftaran pelajar baru akan bermula pada 10 Januari 2009. Pengambilan pelajar adalah terhad. Pelajar yang berminat bolehlah mengisi borang yang disediakan bagi memohon Borang Permohonan Kemasukan Maahad as Sofa kepada:
BORANG PERMOHONAN MASUK :
PENDAFTAR
MAAHAD AS SOFA
Kompleks Yayasan Sofa
71350 Kota
N.Sembilan Darul Khusus
Atau,
Menghubungi terus:
Talian kami: Tel/ Faks : 06 445 0363 / Cik Nurul Huda : 019 384 9676
Pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 dan 5 masih dibuka.
Syarat-syarat kemasukkan STIAS
- Memperolehi keputusan penilaian UPSR sekurangnya 3A 2B.
- Berkebolehan untuk menulis jawi dan membaca ayat al Quran
- Berkebolehan untuk menghafaz al Quran
- Telah menghafaz juzu’ amma.
- Bagi kemasukkan tingkatan 5 hendaklah telah mempuyai asas bahasa arab.
* Kemasukkan bagi pelajar tingkatan 1 mengutamakan Pelajar yang memenuhi syarat-syarat di atas
Sebarang pertanyaan boleh hubungi (waktu pejabat 9-4.30 petang) :
Cik Nurul Huda 019 384 9676 (boleh dihubungi selepas 30 Disember)
Ustaz Hanif 017 677 5431
Pejabat Sekolah 06 445 0419 (waktu pejabat 9-4.30 petang)
Faks Sekolah 06 445 0363
Masa operasi pejabat sekolah : Isnin- Khamis (9-4.30 petang)
Jumaat (9-12.30tengahari)
Di Sekolah Tinggi Islam As Sofa terdapat kemudahan seperti asrama (lelaki dan perempuan), makmal komputer, makmal sains, perpustakaan (sumber menjana ilmu), bangunan sekolah.
Di sebelah ini merupakan penasihat Sekolah Tinggi Islam As Sofa."Sheikh Muhammad Fuad Fuad bin Kamaludin al Maliki". Beliau merupakan pengasas kepada sekolah ini.
Falsafah Sekolah Tinggi Islam As Sofa ialah ‘Membentuk ilmuwan islam yang profesional, bertakwa dan terbilang’. Objektif penubuhannya ialah :
•Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama islam
•Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai bahasa arab dan ilmu-ilmu islam
•Membentuk akhlak pelajar yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama ahli’ sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil.
•Menjana intelektual muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
•Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar al Quran dan as Sunnah Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuwan Islam yang profesional dan berwawasan.
Pengajian yang disediakan :
•Tingkatan 1, 2 dan 3 (I’DADI)
•Tingakatan 4 (THANAWI 1)
•Tingkatan 5 (THANAWI 3 DAN STAM)
Kelebihan Sekolah Tinggi Islam As Sofa :
•Pengajian ilmu yang meluas
–Pengambilan ilmu secara talaqqi
–Berpeluang mengikuti Majlis Khatam Sohih al Bukhari pada setiap bulan Rejab
–Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan sanad dan ijazah
•Hafiz al Quran
–Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz
•Kemahiran berbahasa
–Bahasa melayu, bahasa arab dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.
•Penterjermahan
–Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku
•Program bersama Ulama’ Dunia Islam
–Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari timur tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke STIAS
•Sistem pentadbiran mengikut Salafussoleh
–Pelajar ditarbiahkan membudayakan akhlak salafussoleh dan mempratikkan amalan-amalan sunat secara konsisten dan sistematik
•Peluang melanjutkan pelajaran
–Pelajar yang berjaya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara seperti Mesir, Yaman, Syria dan sebagainya.
•Tenaga pengajar
–Tenaga pengajar yang berkelulusan dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi (waktu pejabat 9-4.30 petang) :
Cik Nurul Huda 019 384 9676
Ustaz Hanif 017 677 5431
Pejabat Sekolah 06 445 0419 (waktu pejabat 9-4.30 petang)
Faks Sekolah 06 445 0363
Masa operasi pejabat sekolah : Isnin- Khamis (9-4.30 petang)
Jumaat (9-12.30tengahari)
DAR AL QURAN DAN AL HADITH merupakan sebuah pusat pendidikan yang menjadikan hafazan al Quran dan hadith Nabawiyyah sebagai mata pelajaran teras. Para pelajar akan turut diajar ilmu-ilmu diniyyah dan bahasa arab berdasarkan sukatan beberapa maahad yang terdapat di negara Timur Tengah seperti Makkah, Yaman, Syria dan Mesir yang telah sekian lama mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajian mereka. Tanpa meminggirkan mata pelajaran akademik, sekolah ini juga menyediakan peperiksaan SPM dan STAM sebagai persediaan bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Syarat Kemasukan
1. Lelaki / Perempuan
2. berumur 13 tahun (sekurang-kurangnya UPSR 4A atau 5A)
16 tahun (menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk al Quran dan mempunyai asas bahasa
Arab)
3. Boleh membaca Al-Quran dan menulis jawi.
Sebarang pertanyaan sila hubungi (waktu pejabat):
Ustaz Zul 013 489 9676
Puan Nik 019 3894 019
tel Pejabat 06 445 0419
faks 06 445 0363
Masa Pejabat : Isnin - Khamis 9 - 4.30 petang
Jumaat 9 - 12.30 tengahari
Sabtu dan Ahad : Pejabat Tutup
alamat:
Dar Al Quran & Al Hadith
km 35, Jalan Seremban Tampin,
71350 Kota,
Negeri Sembilan
Posted by STIAS at 10:31 PM