BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
Umum, Isu Semasa, Majlis IlmuMay 5, 2009 7:11 pm
             Majlis Pengajian dan Kelas Agama ini adalah terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826. Semua jadual dan tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan terakhir. Harap Maklum.
Umum, Majlis IlmuSeptember 23, 2008 6:11 am

Assalamulaikum wr.wb. Tuan / Puan :

             Alhamdulillah, pada kesempatan Ramadhan al Mubarak yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, YSNS akan mengadalan suatu Majlis Takrim Huffaz Al Quran 2008 yang akan disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj. Muhamad Sharip bin Hj. Othman, Undang Luak Rembau. Majlis ini akan diadakan pada : 

Tarikh   :  26 September 2008 ( Juma’at) / 26 Ramadhan 1429H

Masa     :  bermula 5.00 petang

Tempat :  Kompleks Yayasan Sofa

            Majlis ini adalah bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan memuliakan para Hafiz Al-Quran. Pada hakikatnya, memulia dan meraikan para Huffaz ini adalah bersumberkan kepada i saranan Rasulullah SAW yang telah bersabda : “ Antara tanda membesarkan Allah Taala ialah memuliakan orang tua muslim, memuliakan orang yang menghafal al-Quran dan memuliakan sultan yang adil ”.

            Pada kesempatan ini juga turut diadakan pengagihan sumbangan dan bantuan kepada Anak-Anak Yatim dan Pelajar Miskin, Golongan OKU dan Imam-Imam Masjid Qariah di dalam DUN Kota khasnya. Program ini juga bersempena dengan Majlis Khatam al Quran pada malam 27 Ramadhan.

            Kemuncak Program ini adalah penyampaian Anugerah Al Syatibi kepada Qari dan Hafiz yang telah banyak memberikan sumbangan dan memainkan peranan penting di dalam meninggikan pendidikan Al Quran kepada masyarakat.

           Sebuah buku baru turut dilancarkan, berjudul Abwab al Farj karangan, al Allamah Prof. Dr. Muhammad bin Alawi al Maliki al Hasani rhm.

           Sehubungan itu kami sangat berbesar hati menjemput dan mempersilakan Datuk/Tuan/Puan hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang mulia ini.

          ************************

           PENGANUGERAHAN AL SYATIBI :

           Penganugerahan al Syatibi adalah sebagai tanda bagi memuliakan para Hafiz al-Quran. Al Syatibi di sini adalah merujuk kepada Imam al Syatibi, salah seorang dari Imam Hafiz dan Qurra’ yang tekenal. Beliau ialah Imam al‘Arif al Wali al Mukasyif, Qutb di kalangan Qurra al Qasim ibn Fairuh ibn Khalaf ibn Ahmad. Gelarannya Abu al Qasim dan Abu Muhammad. Dilahirkan di Syatibah pada tahun 538 Hijrah, di dalam keadaan buta.

          Setelah beliau mendalami ilmu pengetahuan di tanah tumpah darahnya, beliau bermusafir ke beberapa negara bagi mencari dan mendengar seberapa banyak ilmu dari tokoh-tokoh para ulama pada zaman itu. Antara gurunya yang masyhur seperti Abi Abdullah Muhammad ibn Hamid, Abi Abdullah Muhammad ibn Yusof ibn Saadah al Syibli, Abi Abdullah Muhammad ibn ‘Asyir dan lain-lain lagi.

         Imam al Syatibi wafat selepas Asar, hari Ahad pada 28 Jamadil akhir 590 Hijrah di Kaherah, ketika berumur 52 tahun.

Umum, Majlis IlmuAugust 1, 2008 6:32 am

MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ BERSAMA ULAMA’ :

PROFESSOR DR.  MUHAMMAD HISHAM SULTAN

Mantan Timb. Rektor Universiti Aali Bait, Jordan

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha.

Firman Allah SWT bermaksud:

" Maha suci Allah swt yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Isra’, ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad SAWpada malam hari, atas kudrat dan iradat Allah SWTdari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha,  lalu kembali semula ke Makkah Mukarramh pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.

Suatu Majlis Sambutan Israk wal Mikraj Rasulullah saw ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh    :    02 Ogos 2008  ( Sabtu )

Masa     :    Bermula 5.30 petang.

Tempat  :    Kompleks Yayasan Sofa, Bukit  Sembilan, Kota, Negeri Sembilan.

Acara Majlis :    

5.30 ptg – 6.00 ptg

Majlis Khatam Salawat Dalail al Khairat

Bimbingan : Ust. Abdul Latif & Ust.Abdul Hakim

6.00 ptg – 7.00 ptg

Majlis Periwayatan Kisah Mi’raj dan Hadith yang Berhubung Sanad dengan Nabi Ibrahim A.S .

Disempurnakan oleh : Ustaz Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki.

Penasihat YSNS

7.00 ptg

Jamuan Ringan

7.26 mlm

Solat Maghrib

Selepas Maghrib

Bacaan Maulid Daiba’ie

Bimbingan : Ust.Md.Farid Samad al Hafiz

Pengurus Masjid UIAM

8.42 mlm

Solat Isyak’

 

Syarahan Isra’ dan Mi’raj

Oleh : Prof.Dr.Muhammad Hisyam Sultan

Mantan Timb.Rektor Universiti Aali Bait, Jordan

Selepas Isyak’

Pelancaran Kitab :

لطائف المنن فى شرح حكم أبى مدين 

( Kehalusan Anugerah Syarah Hikam Abi Madyan  )

Oleh : Yang Arif Tuan Mohd Shukor Sabudin

Yang Dipetua YSNS 

 

Ulasan Kitab :

Oleh : Al Fadhil Ustaz Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki

Penasihat YSNS

10.30 mlm

Makan Malam & Bersurai

         


 

                     

                      

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
Umum, Majlis IlmuMay 5, 2008 5:55 am

ASSALAAMU ALAIKUM,  Saudara/ri yang budiman..

Suatu Siri Kuliahan oleh  Al Fadhil Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, akan diadakan pada Hari Rabu malam Khamis, pada setiap minggu di : ( mulai 07 Mei 2008, Rabu ini )

MASJID TAMAN PANCHOR JAYA 

70400 SEREMBAN

SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Kitab : Mafahim Yajibu an Tusahhah, karangan oleh As-Sayyid Prof. Dr. Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

  PETA  KE  MASJID TAMAN PANCHOR JAYA SEREMBAN

    

Umum, Isu Semasa, Majlis IlmuApril 1, 2008 11:54 am

MAJLIS PECAH TANAH

UNIVERSITI AL-AZHAR KAMPUS MALAYSIA

Oleh

DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN 

Menteri Besar Negeri sembilan

Tarikh  :    12  April 2008  ( Sabtu )

Venue  :    Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Masa   :      2.30 petang

PENDAHULUAN :

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan keizinanNya Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) telah diberi kepercayaan oleh Universiti Al-Azhar untuk menubuhkan Universiti Al-­Azhar Kampus Malaysia pada tahun 1429H/2008M ini.

           Untuk itu, suatu upacara Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Kompleks YSNS. Warga YSNS mengalu-alukan kedatangan Dato/ Datin/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan ke majlis yang bersejarah ini.

            Dengan pengiktirafan ini, telah membuka lembaran baru dalam sejarah Al-Azhar kerana inilah Kampus Universiti Al-Azhar yang pertama diadakan di luar negara Mesir. Universiti ini akan menjadi rujukan kepada institusi Islam di dunia dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Islam.

           Kami berazam untuk mengeluarkan sebanyak mungkin graduan yang berketerampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi, seterusnya mampu memperjuangkan dan meneruskan misi Al-­Azhar yang telah dibina semenjak lebih 1400 tahun dahulu dalam menyebarkan dakwah Islam ke serata pelusuk dunia, InsyaAllah.


Universiti Al-Azhar Mesir :

            Merupakan salah sebuah universiti tertua dan terkenal di dunia. la menjadi tumpuan para cendekiawan Islam dan penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia sejak kurun ke-8 Hijrah meliputi negara-negara Asia, Afrika dan beberapa negara Eropah. Al-Azhar telah melahirkan ribuan ulama’ tersohor di serata dunia seperi al-Imam Ibnu Hajar al­’Asgalani (pengarang kitab Fath al Bari - Syarah Sohih al Bukhari), al-’Allamah Jalaluddin al-Suyuti (pengarang kitab Jam’ al Jawami’ dan lain-lain lagi. Syeikh Idris al-Merbawi, pengarang kitab Kamus al Marbawi yang terkenal  dan juga tokoh Maal Hijrah Malaysia adalah antara ulama’ keluaran Universiti yang tersohor ini.


Rasional  Penubuhan
Universiti Al Azhar Kampus Malaysia :


·         Menyediakan tempat bagi melahirkan bakal ulama’ yang berketerampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan pegangan Ahli Sunnah wa al Jama’ah

·         Menyediakan peluang pengajian tinggi berbahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu Islam dengan mengaplikasikan gabungan pendekatan moden dan turath (karya-karya ulama’ silam

·         Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau, sekaligus memacu Malaysia ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa

·         Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menyediakan modal insan peringkat pengajian tinggi berlatar belakangkan persekitaran setempat

·         Mengurangkan pengaliran wang ke negara asing dan dalam masa yang sama membawa masuk dana asing ke negara ini dalam konteks pendidikan global

·         Menyahut dasar baru kerajaan memberikan kebenaran kepada universiti asing menubuhkan cawangan di Malaysia

·         Menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan oleh Universiti AI-Azhar, sebuah universiti terulung dalam bidang pengajian Islam, bagi memperlihatkan komitmen YSNS menubuhkan Kampus cawangan di Malaysia yang satu-satunya diluluskan di luar Mesir (bertaraf cawangan Universiti Al-Azhar)

·         Bakal menjadi ‘koridor ilmu’ di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global

HARAPAN :

        Sesungguhnya dengan penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia ini, diharapkan akan dapat memperkembangkan lagi sayap dan peranan Universiti AI-Azhar sebagai sebuahinstitusi  pendidikan Islam yang bertaraf antarabangsa dan amat dikenali serta disegani oleh dunia, malah menjadi tempat rujukan kepada umat Islam khususnya di Asia, sekali gus sebagai benteng yang ampuh daripada dipengaruhi oleh fahaman-fahaman bertentangan dengan prinsip yang disepakati Oleh Ahli Sunnah wa al Jama’ah.

       Paling utama kewujudannya diharap dapat membawa masyarakat  ke arah kehidupan yang sejahtera dan harmoni berpandukan Syariat Ilahi. Semoga sokongan dan dokongan serta sumbangan daripada Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan membantu kepada perkembangan Islam di Nusantara khasnya dan di dunia amnya.

MUSLIMIN/MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS YANG BERSEJARAH INI


 

Umum, Majlis IlmuMarch 12, 2008 11:58 am

MAJLIS HADITH SEMPENA MAULID NABI S.A.W :

TARIKH    :    22 MAC 2008 ( SABTU - bermula 3.00 ptg ) 

TEMPAT   :     MADRASAH  AL HASANIAH 

                      KG BUKIT SEMBILAN,                                              

                      KM 35 JALAN SEREMBAN-TAMPIN

                      71350  K0TA    NEGERI SEMBILAN             

            Dengan nikmat Allah swt , pada tahun ini Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) menyambut secara besar-besaran majlis Maulid Rasul Teragung, Sayyiduna Muhammad saw dengan menghidupkan konsep penghayatan Hadith Nabi. Bagi menjayakan majlis kelahiran insan terbaik Nabi Muhammad saw Penasihat YSNS, Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki berusaha mempersembahkan majlis terbaik dengan berbesar hati menjemput gurunya, seorang pakar hadith pada zaman ini, al Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini bagi memberikan pengisian yang terbaik dalam majlis tersebut. Semoga kehadiran beliau lebih memberkati dan melimpahkan fuyudhat ke dalam majlis yang akan dilangsungkan.

            Dalam majlis ini, beliau akan membaca kitab hadith karangan Mufti Syafi’i di Makkah al Mukarramah, al Imam al Allamah al Musnid Syeikh Muhammad Said Sunbul al Makki (wafat 1175 H) yang bertajuk al Awail al Sunbuliyyah, yang mengandungi 43 buah hadith terawal dari 43 buah kitab hadith, dan seterusnya berkenan untuk mengijazahkannya. Menjadi tradisi di Makkah al Mukarramah kitab ini dibaca dan mula-mula diijazahkan sebelum pembacaan dan pengijazahan kitab-kitab yang lain.

             Beliau juga berkenan untuk mengijazahkan hadith Musalsal Memakai Tasbih yang dikenali dengan Musalsal Munawalah al Subhah. Semoga kaum Muslimin dan Muslimin tidak melepaskan peluang keemasan mengutip segala kebaikan, nafahat dan barakat demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.

TENTATIF SAMBUTAN :

3.00 ptg   :   Pembacaan dan Pengijazahan Hadith dari kitab al Awail al Sunbuliyyah

                   Oleh :  al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

4.23 ptg   :   Solat Asar 

              :   Pengijazahan Hadith Musalsal bi al Subhah

                   Oleh :  al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

6.30 mlm  :   Minum Petang

7.24 mlm  :   Solat Maghrib

              :   Bacaan Maulid al Daiba’ei

8.32 mlm  :   Solat Isya’ 

              :    Ceramah Maulid Nabi SAW

                   oleh   :   al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

10.00 mlm :   Makan malam dan bersurai 

PENGENALAN RINGKAS :

AL ALLAMAH AL MUHADDITH DR. MAHMUD SAID MAMDUH AL HUSAINI

         Beliau merupakan seorang ulama’ terkenal di Mesir yang lahir pada 10 Mac 1952. Bermazhab Syafi’i dan berpegang dengan aqidah yang digariskan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari. Beliau juga adalah seorang ulama’ Ahli Sunnah pada hari ini yang banyak mempertahankan aqidah Ahli Sunnah dari serangan musuh-musuh.

        Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti Muhammad ke-V Ribath pada tahun 2005 dan telah mempelajari ilmu syariat dari ramai ulama’. Di antara gurunya yang terkenal ialah:

 

    1.     Syeikh Muhammad Isa ibn Yasin al Fadani.

    2.     Sayyid Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari

    3.     Sayyid Abdul Aziz ibn al Siddiq al Ghumari

    4.     Syeikh Ismail Uthman Zain al Makki

    5.      Syeikh Abdullah Sa’id al Lahji

           Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan telah berjaya menulis lebih dari 30 buah kitab. Di antara karyanya yang terpenting ialah:

1.    Tasynif al Asma’ bi Syuyukh al Ijazah wa al Sama’

2.    Wusul al Tahani bi Ithbat Sunniyyah al Subhah wa al Rad ‘ala al Albani

3.    Tanbih al Muslim fi Difa’ ‘an Sohih Muslim

4.    Raf’u al Minarah bi Takhrij Ahadith al Tawassul wa al Ziarah

5.    Al Ta’rif bi Auham man Qassama al Sunnah ila Sohih wa Dhaif (6 jilid).

       Kitab ini menunjukkan kepakaran beliau yang tinggi dalam bidang hadith.

6.    Al Ihtifal bi Ma’rifah al Ruwah al Thiqaat allazi laisu fi Tahzib al Kamal (4 jilid)

7.    Kafsy al Sutur ‘amma Usykila min Ahkam al Qubur

8.    Ghayah al Tabjil wa Tark al Qat’ fi al Tafdhil

         Ketika belajar dengan Syeikh Muhammad Yasin al Fadani, beliau menjadi murid istimewa gurunya itu. Apabila mengajar, Syeikh Yaasin al Fadani pasti akan menyuruh beliau duduk di sebelah kanannya. Atas kepercayaan gurunya itu, beliau telah dilantik menjadi khalifahnya di Mesir.

         Keintelektualannya terutamanya dalam bidang hadith mendapat perhatian dan pujian dari ramai ulama’ besar dunia Islam. Seorang ulama’ yang tidak asing dalam dunia Islam, Sayyid Abdullah al Siddiq al Ghumari menyatakan bahawa Syeikh Mahmud Said Mamduh telah menyelam dalam lautan hadith melalui jalan ahli hadith.

         Bahkan, ramai di kalangan ulama’ mutakhirin yang sentiasa menasihati murid-murid mereka supaya membaca kitab penulisan beliau. Di antara mereka ialah Habib Umar ibn Salim al Hafiz. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki sering menjadikan kitab beliau sebagai rujukan kerana kepakarannya dalam bidang hadith.

         Beliau juga dianggap sebagai seorang mutafannin pada zaman ini kerana penguasaan dan kepakarannya dalam pelbagai bidang ilmu. Kitabnya menjadi hujjah pada zaman ini. Sebagai seorang yang meletakkan dirinya sebagai khadam hadith Nabi saw dan ahli bait, beliau amat mencintai dan kuat mempertahankan ahli bait Rasulullah saw.

SELURUH MUSLIMIN / MAT DIJEMPUT HADIR  KE

MAJLIS MAULIDUR RASUL  S A W

YANG  AKAN DIADAKAN SECARA BESAR-BESARAN INI

SILA BAWA TASBIH MASING-MASING

*********************************************


P E N G U M U M A N    T A M B A H A N  : 

MAULID NABI SAW DAN MAJLIS MAKAN MALAM

Suatu Majlis Sambutan Maulid Nabi saw  dan Makan Malam  Bersama Sheikh Dr. Mahmud Said  Mamduh, juga akan diadakan pada  ketetapan berikut :

Tarikh    :    23  Mac 2008

Vanue    :    Nikko Hotel Kuala Lumpur

Masa     :     Selepas Maghrib

Muslimin/Mat yang berminat boleh menghubungi  019 379 5577, untuk maklumat lanjut.

Umum, Majlis IlmuFebruary 21, 2008 6:28 am

Tarikh   :   24 Februari 2008M/17 Safar 1429H (Ahad)

Masa    :   09.30pagi - 01.00 petang 

Lokasi   :   Ruang Solat Utama, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,

                University Islam Antarabangsa Malaysia

Speaker :

    1) Dr. Umar Abdullah Kamil

        ( Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam, Arab Saudi )

    2) Prof. Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani

        ( Pensyarah Usul Fiqh di Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi )

Kedua-dua Speaker Ini Adalah Yang Dijemput Ke Madrasah Hasaniah Pada Hari Sebelumnya,

( 23 Februari 2008M/16 Safar 1429H )

Rujuk: multaqa ahli sunnah wal jamaah

Semua Muslimin/Muslimat Dijemput Hadir.

sumber: UIAM

Umum, Majlis IlmuFebruary 19, 2008 7:07 am

             

Alhamdulillah, YSNS akan menganjurkan suatu Majlis bersama Ulama atas tajuk : MULTAQA’ Ahli Sunnah wal Jamaah.  Majlis ini akan dilangsungkan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh     :  23 Februari 2008 ( Sabtu )

Tempat   :  Madrasah al Hasaniah

                 Kg. Bukit Sembilan

                 Km 35 Jalan Seremban-Tampin,

                 71350 Kota Negeri Sembilan

Masa      :   Bermula Asar

Tentatif Program :

4.30    :    Ketibaan Para Jemputan

4.47    :    Solat Asar Berjemaah

5.00    :    Pembentangan Kertasa Kerja I

               Pemahaman Tentang Bid’ah

              Oleh  : Prof. Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani

               Pensyarah Usul Fiqh di Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi

6.00    :    Pembentangan Kertas Kerja II

               Pemahaman Tentang Tauhid

               Oleh  : Dr. Umar Abdullah Kamil

               Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam, Arab Saudi

7.00     :   Minum Petang

7.29     :   Solat Maghrib Berjemaah dan Bacaan Maulid Daiba’ei

8.39     :   Solat Isyak berjemaah

           :   Ceramah, Perlancaran dan Kupasan Kitab Dr. Umar Abdullah Kamil,

               Risalah kepada Saudara Kami Syiah Imamiah,

                   Marilah Bersama kepada Kalimah yang Satu

           :   Jamuan dan Bersurai.

Biodata Ringkas  Profesor Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani :

           Pensyarah di Kuliah Usul Fiqh Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi Memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh dari Universiti Umm al Qura, Arab Saudi Pakar Fiqh Syafi’i di Makkah al Mukarramah Ayahandanya, Syeikh Ismail Zain al Yamani merupakan seorang ulama’ yang sangat terkenal. Ayahanda nya ini adalah salah seorang tenaga pengajar di Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah. Digelar dengan Syafi’i Soghir (kecil) dan telah melahirkan ramai ulama’ termasuk dari Indonesia dan Malaysia. Keluarganya adalah terkenal sebagai keluarga ulama’ dan berketurunan mulia.

Biodata Dr. Umar Abdullah Kamil :

             Beliau dilahirkan di Makkah al Mukarramah pada tahun 1371 dan mendapat pendidikan pada tahap Ijazah Sarjana Muda dalan jurusan Ekonomi dan Ilmu Siasah dari Universiti Malik Sa’ud, Riyadh pada tahun 1975.. Ijazah Sarjana pada Pengurusan Pengajian Islam dari Universiti Karachi, Pakistan. Ijazah Sarjana  Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti of Wales, United Kingdom. Ijazah Kedoktoran  dalam Pengajian Islam dari Universiti Karachi Pakistan. Juga ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dan Usul Fiqh dari Universiti al Azhar, Mesir.

            Beliau telah banyak menghasilkan karya dan kitab-kitab, tesis  serta maqalah ilmiah di dalam bidang-bidang  Ekonomi Islam dan agama Islam. Beliau seringkali menghadiri dan menyertai seminar, muktamar ilmiah dan persidangan di negara-negara Arab dan antarabangsa.

MUSLIMIN / MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Umum, Majlis IlmuMarch 13, 2007 11:39 am

MAJLIS SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL SAW    
dan

ULANG TAHUN KE-10
MADRASAH AL HUSAINIAH CHENONG
REMBAU, N.SEMBILAN
1428 H              

PADA   :   30 MAC 2007 — 01 APRIL 2007

PENGENALAN  :

Sambutan Maulidur Rasul anjuran YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN yang diadakan pada kali ini, cuba mengetengahkan isu dan penemuan kontemporari yang berkaitan dengan  Sunnah dan Sirah Nabawi s.a.w. Sambutan ini akan menjadi medan muzakarah,  taklimat  dan diskusi ilmu  serta  pelancaran kitab  oleh tokoh jemputan. Para peserta dan hadirin akan mendapat input terkini dalam ilmu dan isu berkaitan dengan Sunnah/Hadis dan Sirah. Dijangkakan lebih dari 500 peserta yang akan hadir  sepanjang berlangsungnya sambutan  selama  dua hari setengah  ini.
 
TEMA UTAMA :

”  Mengenali, Mencintai dan  Menyayangi  Nabi dan  Keistimewaan  Baginda “
 
SUB-TEMA :

·      Sunnah dan Sirah  sebagai  Aplikasi Semasa
·      Sunnah dan  Sirah  Menepati   Cabaran Semasa

OBJEKTIF :

·    Mengutarakan penghayatan Warisan Nabawi
·    Sunnah Nabawi sebagai sumber penyelesaian kehidupan
·    Meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Warisan Nabawi 

PESERTA  :

·         Terbuka kepada semua pelajar dan mahasiswa IPT 
·         Masyarakat dan orangramai yang berminat

Jamuan disediakan pada sepanjang majlis sambutan

Sila  hubungi  kami, bagi mereka yang memerlukan penginapan.

Roza-e-Rsool (PBUH)1
AGENDA  MAJLIS :

HARI PERTAMA :
JUMAAT (30 MAC 2007)

Solat & Khutbah Jumaat
Oleh   :  Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
Di Masjid Nerasau
 
Bacaan Maulid Barzanji Nathar
Ceramah Maulidur Rasul SAW
Oleh: Ust. Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
Di Masjid Nerasau,
Rembau, N.S.

HARI KEDUA:
SABTU (31 MAC 2007)

Solat Subuh Berjemaah
Kuliah Subuh
Oleh  :  Ust. Roslan bin Abd. Razak
Pejabat Agama Islam Alor Gajah
Di Madrasah al Hasaniah
Kampong Bukit 9
Chengkau Ulu, Kota
                       
Periwayatan Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah & al Mahabbah  & Sanad  Pengijazahan
Oleh: Ust.Muhammad Fuad bin Kamaludin
Di Madrasah Di Madrasah al Hasaniah
Kampong Bukit 9
Chengkau Ulu, Kota

Majlis Ramah Mesra @ Suaikenal
Antara  Mahasiswa KUITHO dengan Pelajar Anak Yatim/Miskin
YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Di Madrasah al Hasaniah
Kampong Bukit 9
Chengkau Ulu, Kota
                                     
Pengajian Kitab al Syamail al Muhammadiah
Oleh : Ust. Solehudin bin Azraei
Pensyarah & Penasihat Agama Kolej Islam Melaka
Di Madrasah al Hasaniah,
Kampong Bkt. 9
Chengkau Ulu, Kota

Solat Asar Berjamaah
Bacaan Hizib al Bahr,
Imam Abi Hasan al Syazuli  dan sanad pengijazahannya.
Oleh: Ust.Muhammad Fuad bin Kamaludin
Di Madrasah al Hasaniah,
Kampung Bkt. 9.
Chengkau Ulu, Kota

Perarakan Maulid al Rasul saw
Di Madrasah al Hasaniah, Bkt. 9.

Majlis Khatam Kitab al Syamail al Muhammadiah, 
serta Ijazah & Sanad Periwayatan Musalsal bi al   Ru’yah.  
Oleh: Ust. Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.

Selepas solat Maghrib
Bacaan Maulid Daiba`i & Qasidah Nabawiyah
                                   
Ceramah 1: MAULIDUR RASUL saw
Oleh:Habib Abdullah Zaki al Kaf
Dari  Bandung, Indonesia

Ceramah 2: Pelancaran kitab Anwar al Sabil al Aqwam fi Syarh Hikam
( Syarah Hikam Syeikh Atoillah al Sakandari  )
karya Ust.Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.
Oleh: Dato’ Sayyid Umar bin Abdul Qadir al ‘Aidarus
Ahli Jamaah Pangkuan Negeri Terengganu Darul Iman merangkap
Penaung YAYASAN SOFA  NEGERI SEMBILAN.
Di Madrasah al  Hasaniah
Kampung Bkt. 9.
Chengkau Ulu, Kota

HARI KETIGA:
AHAD (01 APRIL 2007)

Solat Subuh
Pengajian kitab Kanz al Minan `ala Hikam Abi Madyan
Oleh Ust. Muhammad Fuad bin Kamaludin
Di Masjid Nerasau
 
Bacaan Burdah Busairi
Di Madrasah al Husainiah
Kampung Chenong

Majlis Penutup Maulidur Rasul saw
Majlis Pengijazahan Hizib al Nawawi  dan sanad pengijazahannya
Oleh: Ust. Muhammad Fuad bin Kamaludin

dan

Majlis Pelancaran
Sambutan 10 Tahun Madrasah al Husainiah, Chenong

Oleh: YB Dato’ Dr. Haji Awaludin bin Mohd Said
ADUN kawasan Kota.

Bacaan Maulid Barzanji Nazam
Majlis Hol & Tahlil
Di Madrasah al Husainiah, Chenong
Jamuan dan Bersurai
             
URUSETIA   :

Yayasan Sofa Negeri Sembilan
http://yayasansofa.blogsome.com/

E-mel
yayasansofa@gmail.com

Alamat surat menyurat:

Urusetia Seminar Maulidur Rasul
YASASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Kampung Bukit Sembilan,
71350 Kota
Negeri Sembilan

Tel /  Fax  :  06  4450 363
                           @
                  019  663 7785  ( En.  Hanif  Abd.  Hamid  )
                  019  227 9226  ( En.  Ainul Amriz Ismail  )

Umum, Majlis IlmuFebruary 2, 2007 6:54 am

JADUAL PENGAJIAN  :

SHEIKH  MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL MALIKI

 

Tertakluk kepada perubahan dan pindaan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

013 330 2143 (  Abd. Jalil )
019 662 3826 ( En. Maznor )

Majlis IlmuJanuary 11, 2007 9:11 am
Penceramah:

 
Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
 
Kitab:
Siyār al-Sālīkīn ila ‘Ibādah Rabb al-‘Abidīn
karangan Shaykh ‘Abd al-Samad al-Palimbani yang merupakan
kitab yang berdasarkan isi kandungan Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn karangan Imam al-Ghazzālī r.h.
 
Waktu:
Setiap hari Isnin, selepas salat Maghrib.

Tempat:

Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Semua dijemput hadir.