BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
Umum, Isu SemasaMay 13, 2009 5:11 pm

 doa wabak                                                          Mantan Tuan SS Mufti Negeri Sembilan, Dato` Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Sheikh Wan Ahmad al-Fathani dalam "Bada-i-`uz Zuhur" untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggegarkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa. Tok Sheikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:

" Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga  kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba`.

 

- FF Bahrus Shofa -

 

Umum, Isu Semasa, Majlis IlmuMay 5, 2009 7:11 pm
             Majlis Pengajian dan Kelas Agama ini adalah terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826. Semua jadual dan tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan terakhir. Harap Maklum.
Isu SemasaFebruary 26, 2009 5:34 am

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

KITA DAN DUNIA GLOBALISASI

Dunia globalisasi hari ini mempersembahkan kepada kita pelbagai kecanggihan yang semuanya boleh diterokai dengan kawalan hujung jari. Ia dimanfaatkan oleh insan yang memanfaatkannya dan dipergunakan oleh manusia untuk memudaratkan orang lain, serta di waktu yang sama yang tersiratnya ialah memudaratkan diri mereka sendiri. Manusia menggunakan kemudahan dan kecanggihan ini dengan pelbagai tujuan, matlamat baik terpuji mahupun yang terkeji. Sekaligus ia menjadi wadah bagi menyampaikan dan mengetengahkan idea-idea yang diilhamkan oleh Allah dari kebaikan,keluhuran dan kejujuran ataupun dari bisikan dan runtunan hawa nafsu syaitan. Khalayak yang kreatif dan kritis sahajalah yang mampu membezakan di antara keduanya berdasarkan renungan mata hatinya, diselia oleh petunjuk al Qur’an dan Sunnah serta kata-kata hikmah nasihat para salafussoleh.

BLOG PICISAN; JALAN PINTAS DAN PENTAS UNTUK YANG TAK BERKELAYAKAN

Manusia melalui episod-episod dalam hidupnya dari aspek pembesaran, pengkajian, penelitian, pembinaan jati diri dan pembentukan peribadi yang mulia. Bagi yang membesar dengan mengambil berat nilai-nilai ini, mereka akan tampil sebagai khalayak yang suaranya didengari, kehadirannya disambut dan dirai, dijemput ke sana-sini diminta menyampaikan faedah, manfaat dan nasihat untuk masyarakat yang dahaga. Peribadi yang membesar dengan kemuliaan ini juga diminta-minta untuk menulis sesuatu sebagai santapan anak bangsa, membentuk peribadi masyarakat, menyemai pemikiran positif dan fikrah yang baik di ufuk pemikiran anak bangsa. Manakala golongan yang tidak melalui episod-episod di atas, mereka membesar dan tampil di alam dewasa dalam keadaan serba kekurangan. Tiada pentas yang disediakan untuknya berucap, tiada yang mahu dan meminta-meminta idea dan pendapatnya, tiada yang menghargai dan mengenalpasti tahap kemampuan dan kreativitinya dalam menyelesaikan sesuatu kemelut. Dalam masa yang sama jiwanya meronta-ronta juga untuk memberi ucap nasihat, meluahkan keluh kesah hidup ini, melonjak-melonjak untuk tampil memberikan idea.

Namun malangnya, tiada pentas dan jemputan untuknya dan untuk mereka-mereka seperti ini melampiaskan gejolak rasa di jiwanya. Dari situasi yang demikian, mereka memilih cara atau jalan murahan untuk menyampaikan idea dan fikrahnya yang tumpul, tidak kreatif dan kritis, ucapan dan pidatonya yang berapi-api tetap tidak mampu membakar hati insan-insan yang mendengar untuk kembali kepada Tuhan. Wadah yang paling mudah dan murah untuk orang-orang yang tidak mendapat jemputan untuk memenuhi pentas-pentas umat ini adalah dengan meluah rasa dan geram dalam helai-helaian, lembar-lembaran dan blog-blog yang tidak lebih dari diistilahkan sebagai ‘Blog Picisan’.

IDEOLOGI POLITIK MENTAH

Kekeringan idea, kegersangan dan ketandusan buah fikiran bernas untuk diketengahkan menjadi sebab kepada lahirnya beribu-ribu malahan jutaan blog picisan. Tiada yang mampu mereka sampaikan di situ melainkan kisah-kisah pengalaman diri yang ditulis dan dipapar untuk bacaan umum. Ditulis dan dikarang dengan sebegitu rupa, dihias indah demi menarik perhatian manusia membaca kisah-kisah dan pengalamannya yang kurang berharga. Tidak seperti insan-insan agung dari tokoh-tokoh umat yang pengalaman mereka diselidik, ditanya, dijemput untuk diwawancara serta dicari-cari untuk dijadikan sebagai khazanah berharga buat anak bangsa dan agama.

Maka duduklah dia melayan rasanya, melirikkan kisah-kisah hidup dan perjalanan rohani di dalam blognya dengan harapan akan ada khalayak pembaca yang menyedari sedikit potensi dalam dirinya itu. Maka blog adalah meja panel forumnya, mimbar-mimbar masjid dan pentas-pentas ucapannya. Di situlah dia berkhutbah dan berpidato, menyampaikan rasa tidak puas hatinya kepada sesiapa yang tidak sehaluan dengannya sedangkan khalayak pembaca dan masyarakat tahu benar potensinya yang rendah, kualiti buah fikirannya yang hampa dan tidak efektif lagi praktikal. Apatah lagi blognya itu menjadi pentas mereka-mereka ini mendokong ideologi politik mereka yang mentah, tiada unsur kematangan, tidak mampu ditelankan oleh dirinya sendiri mahupun khalayak pembaca kerana ia amat memualkan lagi menjijikkan. Barangkali parti politiknya itu bagus, akan tetapi cara mereka mendokongnya adalah teramat murahan, dengan caci maki, serangan-serangan peribadi dan sikap-sikap seperti ini tidaklah disangsikan lagi kejelekan dan kebusukannya walaupun di sisi serendah-rendah tahap pemikiran sesuatu bangsa.

Pendokongan terhadap ideologi mentah dan memualkan dalam politik juga berkait rapat dengan kefahaman dan taraf pengkajian seseorang terhadap parti dokongannya. Apatah lagi yang menyertai suatu kumpulan dan fahaman tanpa asas dan fakta yang betul lagi diyakini. Tidaklah menghairankan jika ramai juga pendokong-pendokong suatu ideologi politik bersikap begini di zaman lompat-melompat parti, menyertai parti yang lain atas dasar ketidakpuasan hati terhadap sesuatu permasalahan, pergeseran peribadi, perebutan pangkat dan harta sesama ahli dan banyak lagi.

Situasi-situasi seperti inilah yang menjadikan kebanyakan pendokongnya tidak sempat mengkaji sejarah peradaban politik dunia serta pengajaran yang dapat dipetik dari sejarah-sejarah itu, mengkaji pendapat-pendapat tokoh-tokohnya, serta membuang masanya dari duduk membentuk acuan dokongan politik yang secocok dengan perintah sunnah. Akibat masa yang dibazirkan itu, maka tiada yang berbaki di benak mereka melainkan perasaan keras hati, dendam kesumat, idea-idea yang tidak bernas, taksub, ekstrim. Hatinya mudah benar terbakar apabila berhadapan dengan mereka yang tidak sehaluan dalam ideologi dan fikrahnya. Apabila disentuh sedikit tentang apa-apa yang berkaitan dengan kekurangan ideologi politiknya, maka tiada sifat lembut dan lunak dalam hatinya untuk dipamerkan melainkan yang berbaki itu tadilah yang dikeluarkan. Cacian, merendah-rendahkan kedudukan orang lain, menyerang kehormatan peribadi umat tanpa had dan sempadan. Mengapa? Kerana dalam hati dan jiwanya tiada rasa untuk mengutamakan nas-nas akhlak dalam agama, tiada langsung idea, hikmah dan bernas dalam berhadapan dengan sesuatu yang kontra dengan akal fikirannya yang dijadikan Allah dengan serba macam kekurangan. Maka benarlah bahawa jika sikap ini berterusan, dia memang tidak akan memiliki pentas untuk berbicara selama-lamanya melainkan pentas blog picisannya.

KOMENTAR MEWAKILI IDEOLOGI POLITIK

Demikianlah juga mereka-mereka yang mengasaskan blog-blog picisan yang mewakili peribadinya, blog yang bersifat loya dan memualkan tersebut sedikit sebanyak menyentuh tentang ideologi politiknya. Mendokong pihak di sini dan menyerang pihak di sana. Mereka-mereka ini telah benar-benar menyempitkan ufuk pemikiran mereka yang alangkah eloknya kalau diluaskan. Kongkongan ideologinya yang radikal ini menjadikan mereka memandang bahawa yang betul, tepat dan syumul dari diri dan ideologi politiknya. Dalam kata lain, ideologi perkumpulannya sahajalah yang mewakili suara Islam di muka bumi ini. Maka sempadan dan jurang terhasil dari ketaksuban ini, nafsu dan syaitan mengipas dan meniup di dalam hatinya bahawa selain dari ideologimu adalah batil dan tidak Islam, maka selain dari perkumpulanmu sama ada dari pihak di sana atau yang tidak memihak kepada mana-mana pihak adalah sama berada pada barisan musuh yang perlu disapu rata dimusnahkan.

Walaupun mereka cuba sedaya upaya menafikan bahawa serangan-serangan peribadi itu tidak mewakili suara parti politiknya, tetap juga khalayak pembaca yang kreatif dan kritis tidak boleh menerimanya kerana serangan peribadi yang dilancarkan itu berpunca dari ketidakpuasan hatinya terhadap mereka-mereka yang tidak bersama mendokong ideologi politiknya yang disangkakan syumul dan maksum. Maka di sini, secara tidak langsung dia menjadi jurucakap tidak rasmi bagi pihak parti dan ideologi politiknya. Mereka mengaum, mengembek, memekik menyerang peribadi umat Islam dan dalam masa yang sama mereka menjadi jurucakap tidak rasmi dan mengumumkan kepada khalayak bahawa itulah manhaj, jalan dan pegangan parti politiknya yang menghalalkan apa saja bagi meraih undi majoriti. Namun suatu perkara yang merugikan dan tidak disedari mereka, semakin kuat mereka mengaum, semakin jelas taring-taring kezaliman kelihatan dan diperhatikan oleh khalayak umat yang kreatif dan kritis. Membuka segala keburukan dan kejelekan pekung ideologi parti politik mereka. Demikianlah beberapa perkara yang manusia kurang benar teliti mengenainya. Ia hanya dapat diteliti oleh mereka-mereka yang benar dan bersungguh dalam mempersembahkan pengabdian dan penyerahan kepadaNya. Maka adalah selepas dari itu, Dia jualah yang Maha Tinggi Lagi Maha Mengetahui.

Mujahid bin Abdul Wahab

Umum, Isu Semasa, Majlis IlmuApril 1, 2008 11:54 am

MAJLIS PECAH TANAH

UNIVERSITI AL-AZHAR KAMPUS MALAYSIA

Oleh

DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN 

Menteri Besar Negeri sembilan

Tarikh  :    12  April 2008  ( Sabtu )

Venue  :    Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Masa   :      2.30 petang

PENDAHULUAN :

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan keizinanNya Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) telah diberi kepercayaan oleh Universiti Al-Azhar untuk menubuhkan Universiti Al-­Azhar Kampus Malaysia pada tahun 1429H/2008M ini.

           Untuk itu, suatu upacara Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Kompleks YSNS. Warga YSNS mengalu-alukan kedatangan Dato/ Datin/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan ke majlis yang bersejarah ini.

            Dengan pengiktirafan ini, telah membuka lembaran baru dalam sejarah Al-Azhar kerana inilah Kampus Universiti Al-Azhar yang pertama diadakan di luar negara Mesir. Universiti ini akan menjadi rujukan kepada institusi Islam di dunia dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Islam.

           Kami berazam untuk mengeluarkan sebanyak mungkin graduan yang berketerampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi, seterusnya mampu memperjuangkan dan meneruskan misi Al-­Azhar yang telah dibina semenjak lebih 1400 tahun dahulu dalam menyebarkan dakwah Islam ke serata pelusuk dunia, InsyaAllah.


Universiti Al-Azhar Mesir :

            Merupakan salah sebuah universiti tertua dan terkenal di dunia. la menjadi tumpuan para cendekiawan Islam dan penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia sejak kurun ke-8 Hijrah meliputi negara-negara Asia, Afrika dan beberapa negara Eropah. Al-Azhar telah melahirkan ribuan ulama’ tersohor di serata dunia seperi al-Imam Ibnu Hajar al­’Asgalani (pengarang kitab Fath al Bari - Syarah Sohih al Bukhari), al-’Allamah Jalaluddin al-Suyuti (pengarang kitab Jam’ al Jawami’ dan lain-lain lagi. Syeikh Idris al-Merbawi, pengarang kitab Kamus al Marbawi yang terkenal  dan juga tokoh Maal Hijrah Malaysia adalah antara ulama’ keluaran Universiti yang tersohor ini.


Rasional  Penubuhan
Universiti Al Azhar Kampus Malaysia :


·         Menyediakan tempat bagi melahirkan bakal ulama’ yang berketerampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan pegangan Ahli Sunnah wa al Jama’ah

·         Menyediakan peluang pengajian tinggi berbahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu Islam dengan mengaplikasikan gabungan pendekatan moden dan turath (karya-karya ulama’ silam

·         Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau, sekaligus memacu Malaysia ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa

·         Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menyediakan modal insan peringkat pengajian tinggi berlatar belakangkan persekitaran setempat

·         Mengurangkan pengaliran wang ke negara asing dan dalam masa yang sama membawa masuk dana asing ke negara ini dalam konteks pendidikan global

·         Menyahut dasar baru kerajaan memberikan kebenaran kepada universiti asing menubuhkan cawangan di Malaysia

·         Menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan oleh Universiti AI-Azhar, sebuah universiti terulung dalam bidang pengajian Islam, bagi memperlihatkan komitmen YSNS menubuhkan Kampus cawangan di Malaysia yang satu-satunya diluluskan di luar Mesir (bertaraf cawangan Universiti Al-Azhar)

·         Bakal menjadi ‘koridor ilmu’ di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global

HARAPAN :

        Sesungguhnya dengan penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia ini, diharapkan akan dapat memperkembangkan lagi sayap dan peranan Universiti AI-Azhar sebagai sebuahinstitusi  pendidikan Islam yang bertaraf antarabangsa dan amat dikenali serta disegani oleh dunia, malah menjadi tempat rujukan kepada umat Islam khususnya di Asia, sekali gus sebagai benteng yang ampuh daripada dipengaruhi oleh fahaman-fahaman bertentangan dengan prinsip yang disepakati Oleh Ahli Sunnah wa al Jama’ah.

       Paling utama kewujudannya diharap dapat membawa masyarakat  ke arah kehidupan yang sejahtera dan harmoni berpandukan Syariat Ilahi. Semoga sokongan dan dokongan serta sumbangan daripada Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan membantu kepada perkembangan Islam di Nusantara khasnya dan di dunia amnya.

MUSLIMIN/MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS YANG BERSEJARAH INI


 

Umum, Isu SemasaMarch 6, 2007 11:35 am

               Dengan segenap tenaga dan kudrat, kami  sentiasa berusaha dengan bersungguh untuk menjalankan  dan menjayakan pembinaan Madrasah YSNS mengikut rancangannya.

               Moga Madrasah Baru ini memberikan suatu suntikan baru dan menggilap iltizam kami bagi memupuk semangat dan kesungguhan kami dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menjana pembangunan ummah Islam di negeri ini.

               Dengan kehadiran bulan Rabi’ Awwal 1428 Hijrah yang tidak berapa lama lagi,  berserta kerinduan  dan kecintaan kami terhadap bulan " Maulidir Rasul s.a.w " ini, pastinya  persiapan pembinaan ini  tidak sabar untuk dinanti-nantikan.

               Ayuh, rakan dan ikhwan, kita bergembira menunggu kehadiran dan kedatangannya  dengan pebuh rasa kecintaan dan mahabbah.

          

… pembinaan 18% siap …..

…. pembinana  23% siap…

sofa baru

… pembinaan  27%  siap ….

surau080407

… pembinaan 34% siap ..

TERKINI  :  TERKINI   : TERKINI  :  TERKINI

… pembinaan 94% siap …

madr hasaniah

Umum, Isu SemasaFebruary 14, 2007 9:51 am

WAKAF / SUMBANGAN / DERMA :

PEMBINAAN MADRASAH BARU

          

                  YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN  ( 0202/04/9 ) adalah sebuah institusi yang menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan khusus bagi ahli masyarakat dan orangramai. Yayasan ini telah membangunkan sebuah kawasan seluas 15 ekar di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau Ulu, 71350 Kota, Negeri Sembilan, yang telah dibina sebuah bangunan untuk Kediaman dan Asrama Anak-anak Yatim dan Golongan Dua’fa’ , sebuah Dewan Pengajian dan beberapa bangunan yang lain.

            Selaras kepada pertambahan ahli pengajian dan Pelajar Anak-anak Yatim dan Golongan Dua’fa’ ini, sebuah bangunan Madrasah yang lebih besar dan beberapa tambahan bangunan adalah sangat diperlukan. Bangunan baru ini adalah untuk keselesaan dan kegunaan ahli jemaah dan orangramai serta menampung bilangan pelajar anak yatim dam golongan dua’fa’ yang semakin meningkat.

           Sehubungan dengan itu, di atas rasa tanggungjawab sosial dan keperihatinan kepada masyarakat, kami memohon kepada pihak tuan / puan agar sudi menghulurkan Wakaf / Sumbangan / Derma untuk tujuan ini atau sebarang bantuan, di atas nama Surau At Taufiqi Al Husaini , Akaun Bank Islam Nombor Akaun : 5012010058375 atau di atas nama Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Akaun Bank RHB Nombor Akaun : 25504700001867.

            Kerjasama dan sumbangan pihak Datuk / Tuan / Puan bagi menjayakan hasrat hasanah dan kebajikan Yayasan ini, adalah didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Anggaran   Kos  Perbelanjaan
MADRASAH / Dewan Pengajian
Yayasan Sofa  Negeri  Sembilan
———————————-

1.  Bangunan  Madrasah  Baru   RM     350 000. 00

2.  Alatan  / Perabot                     RM       55 000. 00

3.  Permaidani / Carpet                RM      45 000. 00

4.  Baik Pulih  Jalan                        RM      25 000. 00

5.  Perparitan dan Longkang        RM      35 000. 00

6.  Sistem  Pembesar  Suara         RM      28 000.00

7.  Lain-lain                                     RM     200 000. 00                                               

                                  JUMLAH         RM     738 000. 00