MAJLIS HADITH SEMPENA MAULID NABI S.A.W :
TARIKH : 22 MAC 2008 ( SABTU - bermula 3.00 ptg )
TEMPAT : MADRASAH AL HASANIAH
KG BUKIT SEMBILAN,
KM 35 JALAN SEREMBAN-TAMPIN
71350 K0TA NEGERI SEMBILAN
Dengan nikmat Allah swt , pada tahun ini Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) menyambut secara besar-besaran majlis Maulid Rasul Teragung, Sayyiduna Muhammad saw dengan menghidupkan konsep penghayatan Hadith Nabi. Bagi menjayakan majlis kelahiran insan terbaik Nabi Muhammad saw Penasihat YSNS, Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki berusaha mempersembahkan majlis terbaik dengan berbesar hati menjemput gurunya, seorang pakar hadith pada zaman ini, al Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini bagi memberikan pengisian yang terbaik dalam majlis tersebut. Semoga kehadiran beliau lebih memberkati dan melimpahkan fuyudhat ke dalam majlis yang akan dilangsungkan.
Dalam majlis ini, beliau akan membaca kitab hadith karangan Mufti Syafi’i di Makkah al Mukarramah, al Imam al Allamah al Musnid Syeikh Muhammad Said Sunbul al Makki (wafat 1175 H) yang bertajuk al Awail al Sunbuliyyah, yang mengandungi 43 buah hadith terawal dari 43 buah kitab hadith, dan seterusnya berkenan untuk mengijazahkannya. Menjadi tradisi di Makkah al Mukarramah kitab ini dibaca dan mula-mula diijazahkan sebelum pembacaan dan pengijazahan kitab-kitab yang lain.
Beliau juga berkenan untuk mengijazahkan hadith Musalsal Memakai Tasbih yang dikenali dengan Musalsal Munawalah al Subhah. Semoga kaum Muslimin dan Muslimin tidak melepaskan peluang keemasan mengutip segala kebaikan, nafahat dan barakat demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.
TENTATIF SAMBUTAN :
3.00 ptg : Pembacaan dan Pengijazahan Hadith dari kitab al Awail al Sunbuliyyah
Oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini
4.23 ptg : Solat Asar
: Pengijazahan Hadith Musalsal bi al Subhah
Oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini
6.30 mlm : Minum Petang
7.24 mlm : Solat Maghrib
: Bacaan Maulid al Daiba’ei
8.32 mlm : Solat Isya’
: Ceramah Maulid Nabi SAW
oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini
10.00 mlm : Makan malam dan bersurai

PENGENALAN RINGKAS :
AL ALLAMAH AL MUHADDITH DR. MAHMUD SAID MAMDUH AL HUSAINI

Beliau merupakan seorang ulama’ terkenal di Mesir yang lahir pada 10 Mac 1952. Bermazhab Syafi’i dan berpegang dengan aqidah yang digariskan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari. Beliau juga adalah seorang ulama’ Ahli Sunnah pada hari ini yang banyak mempertahankan aqidah Ahli Sunnah dari serangan musuh-musuh.
Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti Muhammad ke-V Ribath pada tahun 2005 dan telah mempelajari ilmu syariat dari ramai ulama’. Di antara gurunya yang terkenal ialah:
1. Syeikh Muhammad Isa ibn Yasin al Fadani.
2. Sayyid Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari
3. Sayyid Abdul Aziz ibn al Siddiq al Ghumari
4. Syeikh Ismail Uthman Zain al Makki
5. Syeikh Abdullah Sa’id al Lahji
Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan telah berjaya menulis lebih dari 30 buah kitab. Di antara karyanya yang terpenting ialah:
1. Tasynif al Asma’ bi Syuyukh al Ijazah wa al Sama’
2. Wusul al Tahani bi Ithbat Sunniyyah al Subhah wa al Rad ‘ala al Albani
3. Tanbih al Muslim fi Difa’ ‘an Sohih Muslim
4. Raf’u al Minarah bi Takhrij Ahadith al Tawassul wa al Ziarah
5. Al Ta’rif bi Auham man Qassama al Sunnah ila Sohih wa Dhaif (6 jilid).
Kitab ini menunjukkan kepakaran beliau yang tinggi dalam bidang hadith.
6. Al Ihtifal bi Ma’rifah al Ruwah al Thiqaat allazi laisu fi Tahzib al Kamal (4 jilid)
7. Kafsy al Sutur ‘amma Usykila min Ahkam al Qubur
8. Ghayah al Tabjil wa Tark al Qat’ fi al Tafdhil
Ketika belajar dengan Syeikh Muhammad Yasin al Fadani, beliau menjadi murid istimewa gurunya itu. Apabila mengajar, Syeikh Yaasin al Fadani pasti akan menyuruh beliau duduk di sebelah kanannya. Atas kepercayaan gurunya itu, beliau telah dilantik menjadi khalifahnya di Mesir.
Keintelektualannya terutamanya dalam bidang hadith mendapat perhatian dan pujian dari ramai ulama’ besar dunia Islam. Seorang ulama’ yang tidak asing dalam dunia Islam, Sayyid Abdullah al Siddiq al Ghumari menyatakan bahawa Syeikh Mahmud Said Mamduh telah menyelam dalam lautan hadith melalui jalan ahli hadith.
Bahkan, ramai di kalangan ulama’ mutakhirin yang sentiasa menasihati murid-murid mereka supaya membaca kitab penulisan beliau. Di antara mereka ialah Habib Umar ibn Salim al Hafiz. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki sering menjadikan kitab beliau sebagai rujukan kerana kepakarannya dalam bidang hadith.
Beliau juga dianggap sebagai seorang mutafannin pada zaman ini kerana penguasaan dan kepakarannya dalam pelbagai bidang ilmu. Kitabnya menjadi hujjah pada zaman ini. Sebagai seorang yang meletakkan dirinya sebagai khadam hadith Nabi saw dan ahli bait, beliau amat mencintai dan kuat mempertahankan ahli bait Rasulullah saw.
SELURUH MUSLIMIN / MAT DIJEMPUT HADIR KE
MAJLIS MAULIDUR RASUL S A W
YANG AKAN DIADAKAN SECARA BESAR-BESARAN INI
SILA BAWA TASBIH MASING-MASING
*********************************************
P E N G U M U M A N T A M B A H A N :
MAULID NABI SAW DAN MAJLIS MAKAN MALAM
Suatu Majlis Sambutan Maulid Nabi saw dan Makan Malam Bersama Sheikh Dr. Mahmud Said Mamduh, juga akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 23 Mac 2008
Vanue : Nikko Hotel Kuala Lumpur
Masa : Selepas Maghrib
Muslimin/Mat yang berminat boleh menghubungi 019 379 5577, untuk maklumat lanjut.