PENGAMBILAN / KEMASUKAN SESI 2010 : AS-SOFA ISLAMIC HIGH SCHOOL

          Sekolah ini, sebagai manifestasi Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk melebarkan usaha dakwah serta memperlengkapkan golongan muda dengan ilmu, bukan sahaja akademik tetapi juga agama, telah bersedia untuk menerima kehadiran pelajar-pelajar tahun ketiganya, bagi sesi persekolahan 2010.  Ahli Lembaga Pengelola Maahad ini bersetuju supaya peringkat ketiga ini akan lebih menumpukan kepada kualiti kemasukan pelajar lelaki dan perempuan ke sini. Pelajar-pelajar baru akan disaring dan diterima kemasukan mereka setelah  melalui tahap temuduga  yang akan diadakan.

         Menurut Pengetua sekolah ini,  ketika ini struktur pengajian untuk akademik  telah  dikemaskini dan  bersetuju untuk menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu , Tingkatan Dua dan Tingkatan  Lima  ( aliran agama )  bagi sesi 2010 ini dan   akan dipastikan mampu menghafaz al-Quran serta diajar nahu, tauhid, hadis, feqah dan sirah. "Mereka juga akan melalui subjek  Bahasa Melayu,  Bahasa Inggeris,  Bahasa Arab, Pendidikan Islam,  Sains, Matematik,  Kemahiran Hidup,  Sejarah dan Geografi," ujarnya.

        " Terdapat penambahan ilmu untuk pelajar ini yang mana mereka akan  diberi bimbingan dalam manhaj dakwah supaya apabila keluar nanti, mereka mampu untuk menyampaikan dakwah seperti yang diajar dan mengikut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelasnya.  Pelajar  baru  ini akan ditempatkan di asrama yang disediakan serta dikenakan  Yuran Pendaftaran dan Wang Hemat diri  serta  Yuran  Bulanan  makanan  bagi  kemudahan  persekolahan, asrama  dan lain-lain.

          Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi  :

Nurul Huda (019-384 9676)

Ustaz Mohd Haneef 017 677 5431

STIAS  :  Fax 06-445 0363  @  Tel  06-445 0419 @ maahadassofa08@gmail.com

www.maahadassofa.com.my