Sepertimana tahun-tahun yang lalu, bersempena malam-malam terakhir bulan Ramadhan al Mubarak ini, YAYASAN SOFA sekali lagi akan mengadakan Majlis TAKRIM ULAMA  DAN FUDHALA’ juga Majlis KHATAM ALQURAN. Majlis seperti ini biasa diraikan oleh para Sheikh dan Alim Ulama terdahulu di dalam memuliakan dan membesarkan Para Ahli Ilmu ini. YSNS menjemput para muslimin/mat untuk sama-sama meraikan ahli-ahli ilmu ini dan membesar serta mengagungkan mereka sekalian…


* * * * * * *

Pencarian Lailatul Qadar :

 

Arkib Utusan Malaysia 14 Sept 2009

Oleh : PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.

Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.

Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.

Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.

Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.

Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.

Selanjutnya, klik di sini