YSNS mengucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI kepada muslimin-muslimat. Moga kegembiraan ini akan berkekalan hendaknya, di dunia hingga ke akhirat …

BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
YSNS mengucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI kepada muslimin-muslimat. Moga kegembiraan ini akan berkekalan hendaknya, di dunia hingga ke akhirat …

MAJLIS TAKRIM ULAMA & KHATAM AL QURAN

Sepertimana tahun-tahun yang lalu, bersempena malam-malam terakhir bulan Ramadhan al Mubarak ini, YAYASAN SOFA sekali lagi akan mengadakan Majlis TAKRIM ULAMA DAN FUDHALA’ juga Majlis KHATAM ALQURAN. Majlis seperti ini biasa diraikan oleh para Sheikh dan Alim Ulama terdahulu di dalam memuliakan dan membesarkan Para Ahli Ilmu ini. YSNS menjemput para muslimin/mat untuk sama-sama meraikan ahli-ahli ilmu ini dan membesar serta mengagungkan mereka sekalian…
* * * * * * *

Arkib Utusan Malaysia 14 Sept 2009
Oleh : PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.
Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.
Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.
Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.
Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.
Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.
Selanjutnya, klik di sini
Nuzul Quran dan Badar al Kubra
Sebenarnya Allah SWT berkuasa menurunkan al-Quran tanpa melalui perantaraan sesiapa. Tetapi Allah telah menghendaki al-Quran itu diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s untuk disampaikan kepada insan pilihannya, Nabi Muhammad SAW kerana rahsia agung yang terdapat di sebaliknya.
Rasulullah SAW pula bukan sahaja berjaya menyampaikan wahyu tersebut dengan sempurna. Baginda SAW mengaplikasi dan mencernakan setiap wahyu tersebut dalam segenap tindakan dan perbuatannya sehinggakan akhlak Baginda dinobatkan sebagai al-Quran.
Justeru, nabi SAW adalah gambaran al-Quran. Menceritakan tentang kebesaran al-Quran bermakna menceritakan tentang keindahan akhlak baginda SAW. Maka tidak wajarlah kita mengadakan sambutan Nuzul Quran tetapi meminggirkan insan pilihan yang menjadi penyebab kita dapat memahami dan menikmati keindahan al-Quran tersebut.
Penjagaan al-Quran
Di antara mukjizat al-Quran adalah Allah SWT sendiri menjamin penjagaan terhadap isi kandungannya hingga kiamat. Sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk mencemarkan dan mengubah kandungannya, al-Quran tetap terpelihara seperti mana yang dapat kita lihat hari ini. Allah berfirman: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. (al-Hijr :9)…..