YSNS mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

kepada semua ikhwan, muslimin/mat  yang dikasihi sekelian 

semoga  mendapat keberkatan  dan rahmat

yang melimpah ruah kepada kita semua.

 

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Kuala Lumpur n Negeri Sembilan

 

* * * * * * *

PELUANG  WAQAF :

YSNS dalam usaha mengumpulkan Dana dalam satu Tabung Waqaf / Amanah di bawah pengurusan Yayasan Sofa bagi menjalankan urusan kebajikan ummah, peluang pendidikan dan perkembangan Dakwah Islamiah seperti yang dinyatakan di bawah Perlembagaan YSNS, bagi tujuan kebajikan amal jariah.

Dana wakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam bagi menggalakkan kebajikan dan usaha-usaha kearah kebaikan, tujuan-tujuan berdakwah, kebajikan masyarakat dan pembangunan ummah.

Pembelian tanah  untuk  Wakaf dan Pembangunannya ini adalah di bawah kendalian Yayasan Sofa Negeri Sembilan, di Lot no. 1322, Mukim Chengkau Daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan keluasan 1.8970 hektar ( 4.6874  ekar ).

Dengan bantuan amalan Wakaf  ini akan dapat meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap ( complimentary ) kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahan-kemudahan perkhidmatan pendidikan,  dakwah dan kebajikan  dan seumpamanya kepada masyarakat Islam.

OBJEKTIF   WAQAF   YSNS :

  • Menggalakkan amalan sedekah jariah di kalangan umat Islam  dan sebagai alternatif untuk melaksanakan Ibadah wakaf
  • Melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa  dalam menggerak pembangunan sosial dan  pendidikan  umat Islam
  • Meningkatkan pegangan aset umat Islam yang akan  digunakan untuk kepentingan agama dan pembangunan ummah  dalam meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan.


PENYERTAAN :

Peluang ini adalah terbuka kepada seluruh Muslimin/mat. Pewakaf mewakafkan wang tunai melalui  pembelian dan penebusan tanah yang dicadangkan berdasarkan keluasan yang dihajatkan.  Sebagai contoh,  1 kaki persegi  adalah dengan harga RM 50.00,  bagi pihak dirinya atau orang lain (termasuk yang telah meninggal dunia).


Maksud ayat al Quran, surah al Munafiqun, ayat 10…

" Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang Yang soleh ".