BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
UmumAugust 18, 2009 4:11 pm

 

YSNS mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

kepada semua ikhwan, muslimin/mat  yang dikasihi sekelian 

semoga  mendapat keberkatan  dan rahmat

yang melimpah ruah kepada kita semua.

 

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Kuala Lumpur n Negeri Sembilan

 

* * * * * * *

PELUANG  WAQAF :

YSNS dalam usaha mengumpulkan Dana dalam satu Tabung Waqaf / Amanah di bawah pengurusan Yayasan Sofa bagi menjalankan urusan kebajikan ummah, peluang pendidikan dan perkembangan Dakwah Islamiah seperti yang dinyatakan di bawah Perlembagaan YSNS, bagi tujuan kebajikan amal jariah.

Dana wakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam bagi menggalakkan kebajikan dan usaha-usaha kearah kebaikan, tujuan-tujuan berdakwah, kebajikan masyarakat dan pembangunan ummah.

Pembelian tanah  untuk  Wakaf dan Pembangunannya ini adalah di bawah kendalian Yayasan Sofa Negeri Sembilan, di Lot no. 1322, Mukim Chengkau Daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan keluasan 1.8970 hektar ( 4.6874  ekar ).

Dengan bantuan amalan Wakaf  ini akan dapat meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap ( complimentary ) kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahan-kemudahan perkhidmatan pendidikan,  dakwah dan kebajikan  dan seumpamanya kepada masyarakat Islam.

OBJEKTIF   WAQAF   YSNS :

  • Menggalakkan amalan sedekah jariah di kalangan umat Islam  dan sebagai alternatif untuk melaksanakan Ibadah wakaf
  • Melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa  dalam menggerak pembangunan sosial dan  pendidikan  umat Islam
  • Meningkatkan pegangan aset umat Islam yang akan  digunakan untuk kepentingan agama dan pembangunan ummah  dalam meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan.


PENYERTAAN :

Peluang ini adalah terbuka kepada seluruh Muslimin/mat. Pewakaf mewakafkan wang tunai melalui  pembelian dan penebusan tanah yang dicadangkan berdasarkan keluasan yang dihajatkan.  Sebagai contoh,  1 kaki persegi  adalah dengan harga RM 50.00,  bagi pihak dirinya atau orang lain (termasuk yang telah meninggal dunia).


Maksud ayat al Quran, surah al Munafiqun, ayat 10…

" Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang Yang soleh ".

UmumAugust 9, 2009 2:45 am

tahlil

Pada hari Sabtu ini, 15 Ogos 2009, InsyaAllah Tuan Penasihat YSNS, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki akan hadir dan mengetahui bacaan Tahlil Perdana bersempena kehadiran bulan Ramadhan al Mubarak ini.

PARA IKHWAN DAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.


* * * * * * *


TINGKATKAN IBADAT DALAM BULAN SYAABAN

Arkib Utusan Malaysia 03/08/2009

Oleh : PANEL PENYELIDIKAN, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN 

         BULAN Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan peringkat pertama untuk memasuki gerbang Ramadan telah pun berlalu. Ada di antara kita yang telah berjaya melatih diri dengan melakukan ibadah puasa, qiamullail, membanyakkan istighfar, selawat, bacaan al-Quran dan sebagainya.

Bermacam-macam amalan kebaikan yang dihidangkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk dilakukan bagi mendekatkan diri kepada-Nya kerana Allah Maha Mengetahui hamba-Nya akan bosan jika melakukan satu amalan tertentu sahaja.

Namun, tidak semua kita yang prihatin dengan kedatangan saat yang penting dan mulia ini kerana keprihatinan terhadap dunia telah menguasai diri. Akibatnya, kita lebih peka dengan tarikh Mega Sale di pusat-pusat membeli belah sempena hari kemerdekaan dan hari raya daripada tarikh dan masa yang lebih penting dan bernilai dari dunia dan seisinya.

Oleh kerana itu, pakaian dan perhiasan lahiriah untuk menyambut hari raya telah kita rancang dengan sempurna tetapi pakaian dan perhiasan batiniah bagi menyambut Ramadan dan Hari Aidilfitri kita lupakan kerana penyakit cintakan dunia telah membarah di hati.

Klik DI SINI untuk selanjutnya.

 

* * * * * * *

10 BADAN PENTADBIR AGAMA ISLAM NS TERIMA TAULIAH

Arkib UTUSAN MALAYSIA 07/08/2009

……. Lain-lain penerima tauliah Ahli MAINS ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan, Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Ishak Sahari, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Johani Hassan.

Penerima lain ialah Datuk Mohamed Husein, Datuk Borhan Hashim, Datuk Baharum Hasbullah, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz, Datuk Mohd. Najeeb Abdullah, Datuk Mohd. Fadzli Yusof dan Rosman Abdullah.

Sementara itu, Mohd. Yusof turut menerima tauliah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri daripada Tuanku Muhriz, manakala Timbalan Mufti negeri, Nor Azamir Alias menganggotai jawatan kuasa berkenaan.

Turut berada dalam senarai Jawatankuasa Fatwa negeri ialah Borhan, Baharum, Dr. Zulkifli Mohamed Al Bakri, Jamil Abdul Wahab, Ahmad Labib Md. Yusof, Mohd. Khalil Sheikh Ahmad, Sheikh Muhammad Fuad, Ahmad Azhari Talib dan Zamani Ibrahim.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah ialah Tan Sri Sheikh Ghazali Abd. Rahman, Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Muhammad Asri Abdullah, Datuk Abu Bakar Ahmad, Baharum dan Arshad Abd. Samad…….