BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
UmumJune 29, 2009 11:53 am

Arkib Utusan Malaysia 29/06/2009

Oleh : Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.

Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.

Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: "Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya."

Selanjutnya, di sini

 

Arkib Utusan Malaysia 22/06/2009

Kewajiban Mencibtai Nabi SAW  :

Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yang sebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini pada minggu lepas telah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada umatnya.

Maka wajarlah pada kali ini, jika kita menyambung bicara tentang kewajipan kita pula sebagai Umat Nabi Muhammad SAW membalas kasih Rasulullah SAW terhadap kita serta mencintai Baginda SAW seperti yang selayaknya.

Hakikat bahawa Rasulullah SAW wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya sangat jelas di sisi syarak. Ia sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, yang merupakan sumber agama yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar Muslim.

Di samping perintah yang terang nyata dalam nas-nas wahyu, akal dan fitrah yang sihat juga sangat kuat mendukung keperluan dan kepentingan kita mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.

Oleh itu, mencintai Nabi SAW adalah suatu yang wajib baik dari sudut naqli (wahyu) mahupun aqli (logik).

Selanjutnya, di sini.

UmumJune 15, 2009 7:59 am

Kursus Motivasi Solat Siri 2 (13 hingga 18 tahun) diadakan pada 20 Jun 2009 ( Sabtu )di Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Rembau. Sebarang maklumat dan tempahan tempat bolehlah hubungi Norizam di talian 013-380 7785.

***************

JADUAL KELAS  PENGAJIAN 

SHEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL MALIKI

BAGI BULAN JUN 2009

KLIK DI SINI

Umum 6:58 am

Arkib Utusan Malaysia 15/06/2009

Oleh : PANEL PENYELIDIKAN, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb’ atau cinta dan kasih-sayang. Jika dalam kesempatan yang lepas kita mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, marilah pula kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, "Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." (riwayat al-Darimi).

Untuk selanjutnya, klik di sini.

UmumJune 10, 2009 11:07 am

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI, utusanN9@utusan.com.my

 

 

REMBAU 7 Jun - Jika sebahagian pelajar menghabiskan cuti persekolahan dengan melepak di pusat beli-belah, duduk di kaki lima kedai atau berseronok di pusat siber, kanak-kanak berusia tujuh hingga 13 tahun ini tidak begitu.

Seramai 80 pelajar berusia dalam lingkungan berkenaan memilih untuk menyertai kursus motivasi solat anjuran Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) di Kompleks YSNS di sini baru-baru ini.

Program bersama Sekolah Tinggi Islam As Sofa itu bertujuan memupuk kesedaran terhadap kewajipan bersolat sejak mereka kecil lagi.

Penyelaras kursus, Norizam Hashim berkata, melahirkan insan mulia dan berwawasan hendaklah dimulakan dengan solat yang merupakan tiang agama. ‘’Hari ini sudah ada kesedaran di kalangan ibu bapa untuk memberikan pengetahuan kepada anak-anak dalam melaksanakan ibadah solat seawal usia empat hingga lima tahun,'’ katanya di sini baru-baru ini.

Kata Norizam, antara pengisian yang dijalankan sepanjang program ini termasuklah ceramah mengenai solat, amali berwuduk, wirid dan penilaian. "Kanak-kanak diajar secara amali kaedah sembahyang yang betul dan perkara yang membatalkannya. Selain itu juga mereka diminta menjawab beberapa soalan bagi menilai pemahaman mereka terhadap kursus yang dijalankan," katanya. Menurutnya lagi, apa yang menarik dalam program ini, ia turut menyaksikan elemen moden dalam tarbiah iaitu melalui aktiviti ‘Jejak Solat’.

Melalui aktiviti tersebut, kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan berbeza dan memerlukan mereka menjawab beberapa soalan sebaik sampai di stesen yang ditetapkan. ‘’Mereka seronok menyertai Jejak Solat ini dan melalui jawapan dan barang yang diberikan selepas selesai menjawab semuanya mempunyai hubung kait dengan solat seperti telekung, sejadah, tasbih dan sebagainya," ujarnya.

Tambah Norizam, program yang dijalankan ini mendapat sambutan dan ramai di kalangan ibu bapa mahu ia diadakan lebih kerap dalam cuti persekolahan supaya anak-anak mereka mendapat manfaat ilmu yang berguna ini. ‘’Kita merancang untuk mengadakan satu lagi kursus pada 20 Jun ini melibatkan pelajar sekolah menengah dari usia 13 hingga 18 tahun," jelasnya.

Dalam program yang berlangsung di Kompleks YSNS itu, majoriti pelajar yang menyertainya datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka, manakala selebihnya anak jati Negeri Sembilan. ‘’Program ini akan dikembangkan di Seremban, Kuala Pilah dan beberapa lokasi lain supaya penerimaan peserta dapat dipelbagaikan dan tidak hanya tertumpu di dalam kawasan kompleks ini.

‘’Kita akan bekerjasama dengan mana-mana masjid yang sudi menjalankan program menarik ini," katanya.

Norizam berkata, selain aktiviti dan latihan yang diterima kanak-kanak ini, mereka turut mempelajari qasidah yang memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW. "Apabila balik kelak, mereka bolehlah mendendangkan qasidah itu kepada ibu dan bapa. Sekurang-kurangnya mereka boleh menggantikan irama pop, rock, jazz dan sebagainya yang menjadi siulan anak muda," tambahnya.

Kursus Motivasi Solat Siri 2 (13 hingga 18 tahun) diadakan pada 20 Jun di Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Rembau. Sebarang maklumat dan tempahan tempat bolehlah hubungi Norizam di talian 013-3807785.

 

****************


Program mencengkam hati nurani peserta

REMBAU 7 Jun - ‘’Dulu saya cuma ikut-ikut sahaja tetapi selepas menyertai kursus motivasi solat ini, saya tahu apa yang betul dan salah ketika saya bersolat selama ini."

Itu rumusan kanak-kanak berusia tujuh hingga 13 tahun mengenai program Motivasi Solat anjuran Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) baru-baru ini. Muhammad Habib Al Rai Mohd. Fauzi, 9, dia tidak menyangka kursus yang diikutinya itu amat menarik untuk diikuti sampai habis. "Saya dapat mengetahui cara dan kaedah yang paling afdal untuk menunaikan solat," katanya.

Rakannya, Mohd. Norsharizan Azizan, 9, berkata, program tersebut merupakan satu peluang untuknya memahami asas mengerjakan solat dengan lebih mendalam. "Saya berasa gembira kerana dapat mempelajari ilmu yang bermanfaat ini. Saya akan berkongsi ilmu solat yang betul ini bersama kawan-kawan dan ibu bapa," ujarnya.

Nurariani Ahmad, 10, berkata, kaedah pembelajaran tidak terlalu tertekan, seronok dan mudah difahami. "Sebelum ini saya tidak tahu kelebihan bersolat. Selepas ini saya akan ajar adik-adik saya macam mana hendak sembahyang yang betul," jelasnya.

Anis Nurfitriah Mohd. Faid, 9, berkata, ibu bapanya mahu dia menyertai program ini kerana ia boleh menyemai kefahaman mendalam mengenai cara dan kebaikan solat. "Saya lebih tenang berada di sini. Lagipun ini adalah ilmu yang dimanfaatkan seumur hidup kita. Saya bersyukur dipilih menyertai program ini," katanya.

Umum 10:47 am
ARKIB Utusan Malaysia : 08/06/2009


Magnet cinta Allah

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.

Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap Allah dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165) …

untuk selanjutnya, sila layari :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0608&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive

UmumJune 7, 2009 4:11 am

 

ARKIB Utusan Malaysia : 01/06/2009

Jangan Putus Asa Dari Rahmat Allah

Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.  Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.

Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud: “Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya”. (Lata’if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).  Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi. Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba-Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari suruhan-Nya. Hal ini, menunjukkan kehebatan dan kebesaran kasih dan cinta Allah SWT terhadap kita semua.

Walau demikian, sehebat manapun cahaya cinta ilahi di sekeliling kita, ia tidak akan menyinari kehidupan mereka buta mata hatinya. Inilah yang menjadikan jiwa insan kosong dan sunyi walaupun dikelilingi harta kemewahan, anak-pinak dan sahabat handai. 

untuk selanjutnya, sila rujuk :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0601&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive