KURSUS BESTARI SOLAT MUSIM CUTI SEKOLAH

Yayasan Sofa akan menganjurkan suatu kursus Bestari Solat pada musim cuti sesi persekolahan akan datang, bulan Jun 2009 ini. Kursus ini akan diadakan mengikut 2 kategori iaitu bagi kanak-kanak dan dewasa.
Kategori Kanak-kanak ( umur sehingga 12@13 tahun ) akan diadakan pada tarikh 04 Jun 2009, hari Khamis 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Kategori Dewasa ( umur dari 13@14 tahun … ) akan diadakan pada tarikh 20 Jun 2009, hari Sabtu 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Kursus satu hari ini akan dipenuhi dengan siri kuliahan serta amali/praktikal, khas bagi memperbaiki qualiti solat kita dan akan dibekalkan dengan beberapa modul / kertaskerja mengenai ibadat solat, bacaan-bacaan al Quran ( esp - fatihah ) dll. Kursus ini akan disampaikan oleh Ustaz dan Qari serta pemudah cara ( fasilitator ) berpengalaman.
Jangan lepaskan peluang ini untuk diri anda dan anak-anak dan cucu-cicit anda sekeluarga. Tempat adalah terhad dan sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Encik Norizam : 013 380 7785 @ Encik Mohd Hanif : 019 663 7785.
JANGAN BERLENGAH LAGI, HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!
ARKIB : 25/05/2009 Utusan Malaysia :
CONTOHI HIKMAH RASULULLAH SEBAR RISALAH ISLAM
Di kesempatan yang lepas, ruangan ini ada menyentuh peri-pentingnya ciri-ciri utama manhaj Nabawi dihargai dan dihayati demi kecemerlangan misi dakwah. Di antara ciri utama manhaj ini ialah cahaya rahmat dan kasih-sayang yang menyelubunginya dari segenap sudut.
Islam sejak kelahirannya tidak boleh dipisahkan dengan unsur rahmat, cinta dan kasih. Unsur-unsur ini merupakan roh yang mewarnai Islam bersesuaian dengan mesej Islam yang menobatkan kesejahteraan selari dengan pengertian namanya …
Read more : Contohi Hikmah Rasulullah Sebar Risalah Islam




