BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
UmumMay 31, 2009 12:39 pm

                 Cuti sekolah kembali lagi. Rasanya baru lagi kita cuti sekolah. Sekarang dah cuti balik. 2 minggu pulak tu. Anak-anak pasti rasa seronok dan sukahati. Dapat rehat dan bersama keluarga dan adik beradik. Mak Bapak lagi lah pulak rasa seronok. Dapat rehat sekejap daripada tak cukup masa menguruskan anak-anak dan persekolahan mereka. Cikgu-cikgu lagi rasa gumbira yang tak terkata, agaknya. SELAMAT BERCUTI tapi jangan sampai lupa tanggungjawab ….

Sg Congkak Forest Reserve (Hutan Lipur Sg Congkak)

UmumMay 26, 2009 8:44 pm

           Yayasan Sofa akan menganjurkan suatu kursus Bestari Solat  pada musim cuti sesi persekolahan akan datang, bulan Jun 2009 ini. Kursus ini akan diadakan mengikut 2 kategori  iaitu bagi kanak-kanak dan  dewasa.

Kategori Kanak-kanak ( umur sehingga 12@13 tahun ) akan diadakan pada tarikh 04 Jun 2009, hari Khamis 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Kategori Dewasa ( umur dari 13@14 tahun … ) akan diadakan pada tarikh 20 Jun 2009, hari Sabtu 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

             Kursus satu hari ini akan dipenuhi dengan siri kuliahan serta amali/praktikal, khas bagi memperbaiki qualiti solat kita dan  akan dibekalkan dengan beberapa modul / kertaskerja  mengenai ibadat  solat, bacaan-bacaan al Quran ( esp - fatihah ) dll.  Kursus ini akan disampaikan oleh Ustaz dan Qari serta pemudah cara ( fasilitator ) berpengalaman.

            Jangan lepaskan peluang ini untuk diri anda dan anak-anak  dan cucu-cicit anda sekeluarga. Tempat adalah terhad dan  sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Encik Norizam   : 013 380 7785 @ Encik Mohd Hanif : 019 663 7785. 

JANGAN BERLENGAH LAGI, HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!

 

 

ARKIB : 25/05/2009 Utusan Malaysia :


CONTOHI HIKMAH RASULULLAH SEBAR RISALAH ISLAM

 

Di kesempatan yang lepas, ruangan ini ada menyentuh peri-pentingnya ciri-ciri utama manhaj Nabawi dihargai dan dihayati demi kecemerlangan misi dakwah. Di antara ciri utama manhaj ini ialah cahaya rahmat dan kasih-sayang yang menyelubunginya dari segenap sudut.

Islam sejak kelahirannya tidak boleh dipisahkan dengan unsur rahmat, cinta dan kasih. Unsur-unsur ini merupakan roh yang mewarnai Islam bersesuaian dengan mesej Islam yang menobatkan kesejahteraan selari dengan pengertian namanya …

 Read more : Contohi Hikmah Rasulullah Sebar Risalah Islam

UmumMay 24, 2009 6:52 pm

BERITA YANG DI TUNGGU SUDAH TIBA

Rumah Rehat  As Sofa ~ As Sofa Inn menawarkan harga promosi  sempena  pembukaannya, dengan harga istimewa :

i.  Abnak Deluxe Room ( King Size ) ~ RM 80  ( air cond ) 1 mlm 

ii. Ikhwan  Special Sharing  ( 4 pax )   ~ RM 100 ( air cond) 1 mlm

 

Sebarang tempahan untuk harian atau hujung minggu adalah dialu-alukan, terbuka bagi semua ahli dan ikhwan serta semua penjaga STIAS. Tempahan juga adalah untuk kemudahan bagi menghadiri kuliahan pada malam minggu dan pagi minggu. Sila  buat tempahan anda sebelum  hari Jumaat minggu berkenaan. Tetamu yang membuat tempahan awal adalah  diberikan keutamaan. First Come First Serve.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi :

Encik Mohd Hanif : 019 663 7785

Encik Norizam     : 013 380 7785

Hujung Minggu Anda  Pasti Nyaman , Rehat  dan  Santai  

UmumMay 19, 2009 8:13 am


 

Oleh : Panel Penyelidikan YSNS

                  “Dengan latar tersebut, ruangan baru ini berhasrat untuk turut menyumbang kepada menekankan semula manhaj Nabawi dalam penghayatan agama seperti yang diwarisi oleh generasl demi generasi para ulama muktabar umat ini. Di antara ciri utama pendekatan ini adalah keseimbangan sendi-sendi iman Islam dan ihsan dalam kehidupan beragama.

                   Menyedari bahawa dimensi ihsan atau tasauf sering kurang mendapat penekanan yang wajar, ruangan ini akan turut banyak menceduk dari kitab-kitab tasauf muktabar terutama kitab Al-Hikam oleh Ibnu ‘Atoillah al-Sakandari r.a." 

Utusan Malaysia; MEGA, Relung Cahaya, Isnin 18 Mei 2009. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Umum, Isu SemasaMay 13, 2009 5:11 pm

 doa wabak                                                          Mantan Tuan SS Mufti Negeri Sembilan, Dato` Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Sheikh Wan Ahmad al-Fathani dalam "Bada-i-`uz Zuhur" untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggegarkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa. Tok Sheikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:

" Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga  kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba`.

 

- FF Bahrus Shofa -

 

Umum, Isu Semasa, Majlis IlmuMay 5, 2009 7:11 pm
             Majlis Pengajian dan Kelas Agama ini adalah terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826. Semua jadual dan tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan terakhir. Harap Maklum.