Alhamdulillah, Program ini telah berjalan dengan lancarnya, walaupun hujan agak lebat juga pada awal pagi 10 Zulhijjah, hari Isnin yang lalu. Sebanyak 16 ekor lembu telah diqurbankan pada hari pertama tersebut dan 11 ekor lagi menyusul pada hari kedua ( Selasa ). Pihak penganjur mengucapkan ribuan terimakasih kepasa semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini dan moga di tahun-tahun mendatang program iniakan dijayakan dengan lebih meriah lagi…

…. Moga turut kita qurbankan dan turut kita sembelihkan perasaan dan nafsu ammarah, perasaan dengki, khianat, takabbur, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang ada di dalam diri kita ini…..




