BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
UmumDecember 10, 2008 8:21 am

               Alhamdulillah, pada minggu hadapan, InsyaAllah, satu rombongan  seramai  72 orang, terdiri daripada Tuan Penasihat, Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli YSNS akan mengadakan lawatan dan ziarah ke bumi Padang, Bukit Tinggi dan Maninjau, Sumatera Barat ,Indonesia, pada tarikh 15 Disember hingga 19 Disember 2008 ini.

16

               Lawatan selama 5 hari ini meliputi beberapa acara lawatan ke beberapa tempat yang menarik dan panorama indah di sekitar Bikit Tinggi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Ini akan diselang selikan  pula  dengan beberapa ceramahan dan kuliahan oleh Tuan Penasihat YSNS, di beberapa pesantren dan madrasah-pondok, yang telah disusun atur oleh pihak penganjur serta kerjasama Walikota dan Pegawai-pegawai di daerah Padang, Sumatera Barat ini. Rombongan ini juga membawa sembah salam dari  Ke Bawah Kaus, Yang Teramat Mulia Dato’ Lela Maharaja, Undang Luak Rembau, Datuk Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman ; yang juga merupakan Penaung YSNS ini.

               Tentunya, tempat paling  tidak dilupakan, Syurga membeli-belah di rantau ini…..

Umum 7:02 am

               Alhamdulillah, Program ini telah berjalan dengan lancarnya, walaupun hujan agak lebat juga pada awal pagi 10 Zulhijjah, hari Isnin yang lalu. Sebanyak 16 ekor lembu telah diqurbankan pada hari pertama tersebut dan 11 ekor lagi menyusul pada hari kedua ( Selasa ). Pihak penganjur mengucapkan ribuan terimakasih kepasa semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini dan moga di tahun-tahun mendatang program iniakan dijayakan dengan lebih meriah lagi…

…. Moga turut kita qurbankan dan turut kita sembelihkan perasaan dan nafsu ammarah, perasaan dengki, khianat, takabbur, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang ada di dalam diri kita ini…..