Majlis Bersama Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi al Maliki
Setelah kita selesai menyambut Hari Lebaran yang lalu, kita akan sekali lagi berpeluang menerima kunjungan dari Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki, salah seorang ulama dari Makkah al Mukarramah pada sedikit masa lagi.

Beberapa Program dan Majlis telah diatur oleh pihak Urusetia dan dimaklumkan secara rasminya bahawa terdapat tiga ( 3 ) Majlis Utama yang telah diconfirmkan, iaitu :
1. Majlis Diskusi / Muzakarah / Forum Bersama Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki, di Bilik Sri Seremban, Dewan Majlis Perbandaran Seremban, pada tarikh 10 Oktober 2008, (Jumaat ), bermula jam 7.00 malam. Diskusi ini akan membincangkan kitab Mafahim Yajibu an Tusahhah. Tempat adalah terhad kepada 150 peserta yang pertama sahaja. Sila hubungi kami untuk " booking ". Kertaskerja dan buku-buku akan dibekalkan secara percuma, InsyaAllah.
2. Majlis Hol al Marhum Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki dan Majlis aidil Fitri , di Kompleks Yayasan Sofa, 71350 Kota, pada tarikh 11 Oktober 2008 ( Sabtu ), bermula dengan Jamuan HariRaya, ( Lemang, Rendang, Satay, Nasi Impit, ,………..) pada jam 4.30 petang.
3. Majlis Wacana Utama, di Dewan Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Majlis Wacana Pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki Al Hasani akan diadakan pada 12 Oktober 2008 ( Ahad ). Bermula pada jam 8.30 pagi. Sebanyak 1500 tempat disediakan untuk peserta-peserta dari seluruh negara. Wacana ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ), Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ), Persatuan Kebajikan Pelajaran Islam Malaysia ( PKPIM ) dan Yayasan Sofa sendiri.




