ISRAK WAL MIKRAJ RASULULLAH S.A.W
MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ BERSAMA ULAMA’ :
PROFESSOR DR. MUHAMMAD HISHAM SULTAN
Mantan Timb. Rektor Universiti Aali Bait, Jordan
27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha.
Firman Allah SWT bermaksud:
" Maha suci Allah swt yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah al-Isra’, ayat 1)
Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.
Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad SAWpada malam hari, atas kudrat dan iradat Allah SWTdari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, lalu kembali semula ke Makkah Mukarramh pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.
Suatu Majlis Sambutan Israk wal Mikraj Rasulullah saw ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 02 Ogos 2008 ( Sabtu )
Masa : Bermula 5.30 petang.
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa, Bukit Sembilan, Kota, Negeri Sembilan.
Acara Majlis :
|
5.30 ptg – 6.00 ptg |
Majlis Khatam Salawat Dalail al Khairat Bimbingan : Ust. Abdul Latif & Ust.Abdul Hakim |
|
6.00 ptg – 7.00 ptg |
Majlis Periwayatan Kisah Mi’raj dan Hadith yang Berhubung Sanad dengan Nabi Ibrahim A.S . Disempurnakan oleh : Ustaz Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki. Penasihat YSNS |
|
7.00 ptg |
Jamuan Ringan |
|
7.26 mlm |
Solat Maghrib |
|
Selepas Maghrib |
Bacaan Maulid Daiba’ie Bimbingan : Ust.Md.Farid Samad al Hafiz Pengurus Masjid UIAM |
|
8.42 mlm |
Solat Isyak’ |
|
|
Syarahan Isra’ dan Mi’raj Oleh : Prof.Dr.Muhammad Hisyam Sultan Mantan Timb.Rektor Universiti Aali Bait, Jordan |
|
Selepas Isyak’ |
Pelancaran Kitab : لطائف المنن فى شرح حكم أبى مدين ( Kehalusan Anugerah Syarah Hikam Abi Madyan ) Oleh : Yang Arif Tuan Mohd Shukor Sabudin Yang Dipetua YSNS |
|
|
Ulasan Kitab : Oleh : Al Fadhil Ustaz Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki Penasihat YSNS |
|
10.30 mlm |
Makan Malam & Bersurai |



