FADHAIL  SALAWAT  NABI  S.A.W

DAN

BACAAN  KITAB  SALAWAT  DALAIL  AL KHAIRAT

Tarikh  : 1 Jun 2008 ( Ahad )

Masa  : Bermula 5.30 petang

Tempat : Kompleks Yayasan Sofa

Km 35 Jalan Seremban - Tampin Kg Bukit Sembilan,

Kota Negeri Sembilan

Aturcara :
- Pembukaan Majlis Pembacaan Shalawat
- Diskusi Kitab an-Nafhah al-Ilahiyyah
- Pelancaran dan pengijazahan kitab Dalailul Khairat
- Ceramah oleh al-Syaikh al-Habib Yusuf Mahyuddin al-Bakhur al-Hasani

Muslimin dan Muslimat Di Jemput Hadir

 

KELUARGA ULAMAK GHUMARIYYIN de TANGER, MAGHRIBI

Syeikh al-Hafidz al-Muhaddith Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari (duduk berselubung) Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Gumari (kiri) Syeikh Zamzami al-Ghumari (kanan) dan Syeikh Abd Hayyi al-Ghumari (tengah)

 ULAMAK KELUARGA AL-GHUMARI

Dari kanan ialah:al-Muhaddith al-Maghribi, al-Hafidz Syeikhuna Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari, Syeikhuna al-Hafidz Syeikh Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari dan sahabatnya dlm satu majlis zikr dan kesyukuran di Tanger, Maghribi. ( Terimakasih Us. Zamihan al Ghari )

PENGENALAN PENGARANG KITAB AL NAFHAH AL ILAHIYYAH :

AL MUHADDITH SAYYID ABDULLAH IBN AL SIDDIQ AL GHUMARI 

         Syeikh Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari dilahirkan pada akhir bulan  Jamadil Akhir 1328H bersamaan  1910M dan wafat pada  1413H bersamaan  1993M di Tonjah.

         Beliau dibesarkan di bawah didikan ayahandanya. Beliau telah menghafaz al Quran dengan pelbagai Qiraat dan menghafaz matan-matan ilmu termasuklah sebahagian besar Alfiyyah, Arba’in al Nawawiyyah, al Ajrumiyyah, Bulugh al Muram, Mukhtasar Syeikh Khalil dan sebagainya.

         Kemudian beliau menyambung pengajiannya di  Universiti       al Qurawiyyin, Fas, Morocco dan Universiti al Azhar. Pada tahun 1350H bersamaan  1931M, beliau menduduki peperiksaan di Universiti al Azhar dalam 12 bidang ilmu Islam dan berjaya memperolehi ijazah Al`Aliyyah. Tarafnya sama atau lebih tinggi daripada Ijazah  Falsafah  Kedoktoran (PhD) pada zaman ini. Beliau mempunyai  ramai guru  di merata dunia Islam.

         Di antara gurunya yang terkenal ialah ­ayahandanya sendiri, Sayyid Muhammad ­ibn al Siddiq, saudaranya al Hafiz Abu AlFaidh Ahmad, al Allamah Sayyid Ahmad  ­ibn al Tayyib al Qadiri, al Allamah Al Muhaddith Abdul Hayy al Kattani dan Allamah al Qadhi al Husin al ‘Iraqi dan  ramai lagi.

         Karyanya yang pertama ialah kitab yang mensyarahkan  Matan al Ajrumiyyah. Kitab karangannya yang lain ialah Al Ibtihaj bi Takhrij Ahadith al Minhaj li al Baidhawi, Fadhail al Quran, Syarh al Irsyad fi Fiqh al Malikiyyah, al Qaul al Muqni’ fi Raddi `ala al Albani al Mubtadi’ dan lain-lain lagi.

KITAB DALAIL AL KHAIRAT :

         Kitab Dalail al Khairat merupakan kitab salawat yang  disusun oleh Imam Abu Abdullah Muhammad ibn Sulaiman Jazuli. Kitab ini amat masyhur di dunia Islam dan telah  menyuntik  semangat  umat Islam terutamanya pejuang-pejuang Islam. Bahkan, kitab ini  mendapat  perhatian yang besar dari setiap golongan,  dari golongan bangsawan  hinggalah  kepada rakyat  jelata.

        Oleh kerana itu, tidak hairanlah tercatat dalam sejarah Yamtuan Muda Riau ke 4, Raja Haji ( 1777 – 1784 ) dari kerajaaan Johor-Riau yang merupakan kelangsungan kerajaan Melaka, yang  gugur syahid di Teluk Ketapang Melaka, dengan badik  sebelah  tangan dan kitab  Dalail al Khairat  di sebelah tangan  lagi.

TETAMU / PENCERAMAH UNDANGAN SYAIKH  AL HABIB YUSUF MAHYUDDIN AL BAKHUR AL HASANI