MULTAQA’ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Alhamdulillah, YSNS akan menganjurkan suatu Majlis bersama Ulama atas tajuk : MULTAQA’ Ahli Sunnah wal Jamaah. Majlis ini akan dilangsungkan sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 23 Februari 2008 ( Sabtu )
Tempat : Madrasah al Hasaniah
Kg. Bukit Sembilan
Km 35 Jalan Seremban-Tampin,
71350 Kota Negeri Sembilan
Masa : Bermula Asar
Tentatif Program :
4.30 : Ketibaan Para Jemputan
4.47 : Solat Asar Berjemaah
5.00 : Pembentangan Kertasa Kerja I
Pemahaman Tentang Bid’ah
Oleh : Prof. Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani
Pensyarah Usul Fiqh di Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi
6.00 : Pembentangan Kertas Kerja II
Pemahaman Tentang Tauhid
Oleh : Dr. Umar Abdullah Kamil
Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam, Arab Saudi
7.00 : Minum Petang
7.29 : Solat Maghrib Berjemaah dan Bacaan Maulid Daiba’ei
8.39 : Solat Isyak berjemaah
: Ceramah, Perlancaran dan Kupasan Kitab Dr. Umar Abdullah Kamil,
Risalah kepada Saudara Kami Syiah Imamiah,
Marilah Bersama kepada Kalimah yang Satu
: Jamuan dan Bersurai.
Biodata Ringkas Profesor Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani :
Pensyarah di Kuliah Usul Fiqh Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi Memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh dari Universiti Umm al Qura, Arab Saudi Pakar Fiqh Syafi’i di Makkah al Mukarramah Ayahandanya, Syeikh Ismail Zain al Yamani merupakan seorang ulama’ yang sangat terkenal. Ayahanda nya ini adalah salah seorang tenaga pengajar di Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah. Digelar dengan Syafi’i Soghir (kecil) dan telah melahirkan ramai ulama’ termasuk dari Indonesia dan Malaysia. Keluarganya adalah terkenal sebagai keluarga ulama’ dan berketurunan mulia.
Biodata Dr. Umar Abdullah Kamil :
Beliau dilahirkan di Makkah al Mukarramah pada tahun 1371 dan mendapat pendidikan pada tahap Ijazah Sarjana Muda dalan jurusan Ekonomi dan Ilmu Siasah dari Universiti Malik Sa’ud, Riyadh pada tahun 1975.. Ijazah Sarjana pada Pengurusan Pengajian Islam dari Universiti Karachi, Pakistan. Ijazah Sarjana Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti of Wales, United Kingdom. Ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dari Universiti Karachi Pakistan. Juga ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dan Usul Fiqh dari Universiti al Azhar, Mesir.
Beliau telah banyak menghasilkan karya dan kitab-kitab, tesis serta maqalah ilmiah di dalam bidang-bidang Ekonomi Islam dan agama Islam. Beliau seringkali menghadiri dan menyertai seminar, muktamar ilmiah dan persidangan di negara-negara Arab dan antarabangsa.
MUSLIMIN / MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR



