Habib Umar bin Hafiz al Hadramy : Asia Tour 2008
Alhamdulillah, seorang ulama ulung telah memasukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan dilawati beliau apabila beliau mengadakan siri kunjungan ke Asia Tenggara. Sungguh bertuah bumi Malaysia kerana sering diziarahi oleh para ulama. Ulama yang dimaksudkan itu adalah al-Da’ie illaLlah al-Musnid al-Haafidz al-Murabbi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Asy-Syeikh Abu Bakar bin Salim al-Husaini al-Hadrami, pengasas Maahad Darul Musthafa, Tarim, Hadramaut, Yaman.
Justeru, YSNS menyeru kepada para pengunjung blog ini untuk kita bersama-sama menghadiri majlis-majlis yang bakal diadakan sempena kunjungan Habib Umar ke Malaysia. Rebutlah peluang keemasan ini. Tidak rugi meluangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis bersama ulama. InsyaAllah, al Habib Syeikh bersama rombongan akan hadir bersama kita pada : 15 Februari 2008 ( Jumaat ),
Tempat : Madrasah al Hasaniah
Kg Bukit Sembilan
Km 35 Jalan Seremban - Tampin
71350 Kota, N. Sembilan.
Masa : Bermula 6.30 ptg.
Muslimin/mat dijemput hadir.




