BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
UmumFebruary 25, 2008 3:50 am

Assalamualaikum Tuan/Puan :

Dilampirkan Jadual Penuh  Pengajian pada setiap minggu, Tuan Guru Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki. Jadual ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan perubahan pada saat-saat akhir jika berkaitan.

Buku-buku dan kitab-kitab pengajian tersebut boleh di dapati  dengan menghubungi   En. Maznor - 019 662 3826, atau En. Amran - 019 379 5577, pada setiap kelas berkenaan.

Terimakasih.

Umum, Majlis IlmuFebruary 21, 2008 6:28 am

Tarikh   :   24 Februari 2008M/17 Safar 1429H (Ahad)

Masa    :   09.30pagi - 01.00 petang 

Lokasi   :   Ruang Solat Utama, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,

                University Islam Antarabangsa Malaysia

Speaker :

    1) Dr. Umar Abdullah Kamil

        ( Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam, Arab Saudi )

    2) Prof. Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani

        ( Pensyarah Usul Fiqh di Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi )

Kedua-dua Speaker Ini Adalah Yang Dijemput Ke Madrasah Hasaniah Pada Hari Sebelumnya,

( 23 Februari 2008M/16 Safar 1429H )

Rujuk: multaqa ahli sunnah wal jamaah

Semua Muslimin/Muslimat Dijemput Hadir.

sumber: UIAM

Umum, Majlis IlmuFebruary 19, 2008 7:07 am

             

Alhamdulillah, YSNS akan menganjurkan suatu Majlis bersama Ulama atas tajuk : MULTAQA’ Ahli Sunnah wal Jamaah.  Majlis ini akan dilangsungkan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh     :  23 Februari 2008 ( Sabtu )

Tempat   :  Madrasah al Hasaniah

                 Kg. Bukit Sembilan

                 Km 35 Jalan Seremban-Tampin,

                 71350 Kota Negeri Sembilan

Masa      :   Bermula Asar

Tentatif Program :

4.30    :    Ketibaan Para Jemputan

4.47    :    Solat Asar Berjemaah

5.00    :    Pembentangan Kertasa Kerja I

               Pemahaman Tentang Bid’ah

              Oleh  : Prof. Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani

               Pensyarah Usul Fiqh di Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi

6.00    :    Pembentangan Kertas Kerja II

               Pemahaman Tentang Tauhid

               Oleh  : Dr. Umar Abdullah Kamil

               Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam, Arab Saudi

7.00     :   Minum Petang

7.29     :   Solat Maghrib Berjemaah dan Bacaan Maulid Daiba’ei

8.39     :   Solat Isyak berjemaah

           :   Ceramah, Perlancaran dan Kupasan Kitab Dr. Umar Abdullah Kamil,

               Risalah kepada Saudara Kami Syiah Imamiah,

                   Marilah Bersama kepada Kalimah yang Satu

           :   Jamuan dan Bersurai.

Biodata Ringkas  Profesor Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani :

           Pensyarah di Kuliah Usul Fiqh Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi Memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh dari Universiti Umm al Qura, Arab Saudi Pakar Fiqh Syafi’i di Makkah al Mukarramah Ayahandanya, Syeikh Ismail Zain al Yamani merupakan seorang ulama’ yang sangat terkenal. Ayahanda nya ini adalah salah seorang tenaga pengajar di Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah. Digelar dengan Syafi’i Soghir (kecil) dan telah melahirkan ramai ulama’ termasuk dari Indonesia dan Malaysia. Keluarganya adalah terkenal sebagai keluarga ulama’ dan berketurunan mulia.

Biodata Dr. Umar Abdullah Kamil :

             Beliau dilahirkan di Makkah al Mukarramah pada tahun 1371 dan mendapat pendidikan pada tahap Ijazah Sarjana Muda dalan jurusan Ekonomi dan Ilmu Siasah dari Universiti Malik Sa’ud, Riyadh pada tahun 1975.. Ijazah Sarjana pada Pengurusan Pengajian Islam dari Universiti Karachi, Pakistan. Ijazah Sarjana  Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti of Wales, United Kingdom. Ijazah Kedoktoran  dalam Pengajian Islam dari Universiti Karachi Pakistan. Juga ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dan Usul Fiqh dari Universiti al Azhar, Mesir.

            Beliau telah banyak menghasilkan karya dan kitab-kitab, tesis  serta maqalah ilmiah di dalam bidang-bidang  Ekonomi Islam dan agama Islam. Beliau seringkali menghadiri dan menyertai seminar, muktamar ilmiah dan persidangan di negara-negara Arab dan antarabangsa.

MUSLIMIN / MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR