AWAL MUHARRAM DI SURAU NURUL ISLAH, PUTRA HEIGHTS
Alhamdulillah, kita akan menyambut kehadiran Tahun Baru Hijrah, bermula pada petang hari Rabu ini, 9 Januari 2008. Jangan lupa untuk membaca Doa akhir Tahun, pada kira-kira akhir waktu Asar itu dan kemudiannya membaca Doa Awal Tahun, sekira-kira selepas masuk waktu Maghrib tersebut. Moga sepanjang tahun berlalu dan sepanjang tahun mendatang ini, kita semua beroleh kerahmatan, keberkatan dan keampunan dari Allah swt jua.
Sebagai makluman, Tuan Guru Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki akan bersama-sama dengan jemaah Di Surau Nurul Islah, Putra Heights pada kali ini. Semoga kita mempunyai peluang untuk hadir bersama-sama di sana, Insya Allah…



