SELAMAT DATANG diucapkan kepada pelajar-pelajar baru Maahad as Sofa, yang akan mula mendaftarkan diri pada hari Ahad ini ( 06 Januari 2008 ), mulai jam 9.00 pagi. Kehadiran pelajar-pelajar ini adalah bagi memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2008 di Maahad as Sofa, di bawah kelolaan Yayasan Sofa Negeri Sembilan.  Bangunan sekolah yang serba baru, kediaman asrama yang  selesa ( masih dalam pembinaan ), pastinya menjanjikan suatu suasana  pembelajaran yang  ceria dan mampu untuk memupuk keazaman  yang  kuat bagi seseorang penuntut ilmu.  Seramai kira-kira 148 orang pelajar akan mula menduduki kelas-kelas untuk Tingkatan Satu ( 109 orang  ) dan Tingkatan Empat ( 39 orang ).

              Kepada ibubapa/penjaga dan para pelajar, anda  dinasihatkan agar datang awal untuk pendaftaran ini dan pastikan bahawa semua dokumen dan peralatan serta kelengkapan bagi anak-anak anda sudah disiapkan dan disempurnakan.  Ada juga barangan dan kelengkapan asrama yangh boleh didapati di kedai koperasi Maahad as Sofa yang akan mula beroperasi pada hari berkenaan.  Uniform sekolah dan keperluan  serta perlalatan sekolah  juga   boleh didapati di sini.

               Kepada  ibubapa/penjaga atau pelajar yang masih di luar sana, yang berminat, khasnya pelajar Tingkatan Empat, bersempena juga dengan keputusan PMR 2007 yang baru lalu, masih ada tempat lagi untuk anda berbuat demikian. Anda boleh menghubungi kami  di talian 06 445 0363  atau  email kami di yayasansofa@gmail.com.  Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan pada siaran kami yang lalu  atau klik pada :

                BUKU PANDUAN MAAHAD AS SOFA

                BORANG PERMOHONAN MASUK

              Jangan berlengah lagi dan terimakasih…