BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
UmumJanuary 18, 2008 10:31 am

            Esok adalah hari Asyura, hari yang ke 10 dalam bulan Muharram  Hijriah. Yayasan Sofa akan mengadakan sedikit majlis untuk tujuan ini sepertimana tahun-tahun yang sebelumnya. Bermula sejak Asar lagi akan diadakan majlis bacaan Kitab Sahih Bukhari  dan mungkin ijazah kitab di akhirnya. Masuk waktu Maghrib, kita akan berbuka bersama-sama dan barangkali ada bubur Asyura….

Berkata al-fanshuri :

Dalam bulan yang Muharram ini iaitu pada hari ‘Asyura antara yang menjadi kebiasaan kita dikampung-kampung adalah membuat bubur ‘asyura. Maka didalam kitab Jam’u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid, pada halaman 132:

(Dan kata) Syaikh Ajhuuri dan aku lihat bagi orang yang lain nashnya bahwasanya [Nabi] Nuh [عليه السلام] tatkala turunnya dari safinah [bahtera] dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka menyruh akan mereka itu bahwa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan ini dengan segenggam gandum, dan ini dengan kacang ‘adas dan ini dengan kacang ful [pol] dan ini dengan setapak tangan kacang himmasun [kacang kuda] hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya dan adalah iap ada hari ‘asyura, maka mengucap Nabi Nuh عليه السلام dengan bismillah dan dimasakkan dia, maka sekaliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh عليه السلام . Firman Allah Ta’ala:

قيل يا نوح اهبط بسلام منا وبركات عليك وعلى أمم ممن معك وأمم سنمتعهم- سورة هود:48

[Maksudnya] Dikatakan: Hai Nuh, turunlah olehmu dengan sejahtera daripada Kami dan berkat atasmu dan atas umam [umat-umat] sertamu dan umam [umat-umat] yang Kami sukakan mereka itu.

(Dan) adalah demikian ini pertama-tama makanan yang dimasakkan di  atas muka bumi kemudian daripada taufan. Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari ‘asyura dan adalah padanya itu pahala yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu dan memberi maka segala fuqara [orang-orang yang faqir] dan masaakin [orang-orang yang miskin], maka dinamakan bubur ‘asyura. Dan jika bid’ah sekalipun, [maka ia] bid’ah hasanah dengan qasad itu.

SEBAHAGIAN CERAMAH TERDAHULU
AL FADHIL SHEIKH MUHAMMAD FUAD
BERKENAAN AWAL MUHARRAM ….


UmumJanuary 16, 2008 11:05 am

Pada Sambutan Maal Hijrah yang lalu, telah dilancarkan TIGA buah buku  dan satu CD Qasidah Pujian Nabawi saw. Kalian boleh mendapati keluaran terbaru  ini dengan menghubungi  saudara Amran ( 019 379 5577 ) untuk tempahan.

Menyentuh tentang CD terbaru, ini  adalah karya yang telah lama diusahakan dahulu. Banyak permintaan dari rakan-rakan dan ahli yang lain, hanya baru kali ini sahaja benar-benar dapat dihasilkan. Rasanyer, setelah mendengar suara dan ‘vocal utama’ CD ini, ternyata tidak kurang  hebatnya daripada karya teman-teman yang lain.

Kalian bolehlah mendapatkannya sendiri….

UmumJanuary 5, 2008 6:26 am

 

           Alhamdulillah, kita akan menyambut kehadiran Tahun Baru Hijrah, bermula pada petang hari Rabu ini, 9 Januari 2008. Jangan lupa untuk membaca Doa akhir Tahun, pada kira-kira akhir  waktu Asar itu dan kemudiannya  membaca Doa Awal Tahun, sekira-kira selepas   masuk waktu Maghrib tersebut. Moga sepanjang tahun berlalu dan sepanjang tahun mendatang ini, kita semua beroleh  kerahmatan, keberkatan dan keampunan  dari Allah swt jua.

           Sebagai makluman, Tuan Guru Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki akan bersama-sama dengan jemaah Di Surau Nurul Islah, Putra Heights pada kali ini. Semoga  kita mempunyai peluang untuk hadir bersama-sama di sana, Insya Allah…