Sepertimana lazimnya, dengan  kehadiran Tahun Baru Hijrah  1429 pada kali ini, Yayasan Sofa  Negeri  Sembilan     ( 0202-04-9 ) tidak mahu ketinggalan, untuk mengadakan Majlis Sambutan bagi merayakan Hari  Kebesaran Islam ini,  dengan aktiviti-aktiviti pendidikan dan ceramah,  perlancaran kitab  serta  CD,   acara  bersama penuntut ilmu dan pelajar Kolej  dan Universiti,  mengisi  ruang dan kesempatan untuk bersama-sama  masyarakat awam berserta  dengan kehadiran ahli  ilmuwan dan tokoh ulama  tempatan.

Objektif :
  • Memberi pendedahan untuk masyarakat umum dan generasi pelajar menghayati perjuangan Rasulullah saw dalam peristiwa besar Hijrah ini.
  • Memupuk khalayak agar sentiasa menjadikan peristiwa Hijrah ini suatu cara untuk muhasabah dan perubahan diri serta lonjakan pradigma dan wawasan Muslim selaras dengan kisah perjalanan penuh ranjau ke Yathrib (Madinah) yang dilalui oleh Rasulullah  saw bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar ra.
  • Menjana intelektual  dan pelajar Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman khasnya berkaitan pemantapan  Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan cabaran merentasi masa.

Aktiviti  dan Pengisian  :     

  1. Majlis  “ Jejak Ilmuwan Islam ” bersama 70  orang pelajar/siswazah Universiti Tun Hussein Onn   Malaysia.
  2. Majlis  Suaikenal / Orientasi  bersama  Pelajar  Baru  Maahad  As Sofa sesi  pengambilan baru  tahun 2008.
  3. Majlis  Ceramah Umum oleh Penceramah Jemputan Khas.
  4. Majlis  Pelancaran Kitab  dan CD  Qasidah  Puji-pujian Nabawi
    bersempena Maal Hijrah 1429.
  5. Majlis  Diskusi  Maal Hijrah saw bersama Panel Jemputan.
  6. Majlis  Perarakan  Maal Hijrah saw dan Bacaan  Maulid Daibaie saw.

Penceramah  dan Tetamu Jemputan :

i.          Al Fadhil Ustaz  Haji  Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz  :

           Beliau merupakan  Penasihat kepada Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Bestari (PPTQB), yang beralamat di No. 22A Tingkat 1, Jalan 7/2, Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. 
         Sejarah awal al Fadhil sebelum ini bergelar Paster Yohanes, anak kepada seorang ketua padri kepada 15 buah gereja. Beliau pernah mengikuti latihan ketua mubaligh Kristian selama dua tahun dengan melibatkan diri secara aktif aktiviti dakyah Kristian sebelum melanjutkan pengajian menguasai bahasa Ibrani di Bandung, Indonesia.

         Selain menguruskan pusat tahfiz, al Fadhil Ustaz turut giat menyampaikan maklumat tentang gerakan kristianisasi yang begitu membimbangkan. Al Fadhil Ustaz akan menyampaikan suatu ceramah yang bertajuk :   Kristianisasi dan Ancaman  Gejala Murtad di Malaysia.

ii.         Al Fadhil Ustaz  Haji  Mahfuz bin Muhammad  :

         Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad, seorang penceramah bebas, adalah tidak asing lagi kepada masyarakat awam khasnya apabila memperkatakan tentang tajuk yang berkaitan  dengan Aqidah ahli  al Sunnah wa al Jamaah dan isu-isu yang berkaitan dengan Wahhabi. Al Fadhil Ustaz sering mendapat jemputan  bagi memberikan ceramah dan diskusi berkaitan dengan masalah ini  di serata tempat dan majlis,  pejabat-pejabat  kerajaan  dan  swasta serta  undangan untuk  ceramah  di  Seminar  dan  Kolokium di majlis-majlis  Hari Kebesaran  Islam di seluruh negeri.

          Berbagai  hasil tulisan dan kertas kerja ilmiah yang telah di hasilkan oleh al Fadhil Ustaz bagi  permasalahan   aqidah ini, khasnya isu yang berhubungan dengan  Tauhid, Golongan Salafi, Konsep  Sebenar Bidaah  dan  lain-lain. Al Fadil Ustaz  akan menyampaikan  ceramahnya atas tajuk  : Aqidah ahli al Sunnah Wa al Jamaah : Cabarannya Merentasi Abad.

iii.        Al Fadhil Dato’ Syed Omar ibnu Syed Abdul Kadir Al Aidarus :

         Beliau adalah seorang  penceramah dan pendakwah bebas  dan sering menyertai berbagai Seminar dan  undangan untuk majlis-majlis  ceramah di serata negeri di seluruh Malaysia. Beliau juga adalah merupakan salah seorang daripada Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan ini.  Al Fadhil Syaikh  pernah menjadi Penasihat Agama  bagi kerajaan negeri Terengganu  Darul Iman.

iv.       Al Fadhil  Ustaz  Haji  Mohd Hafidz bin Haji  Selamat  :

        Beliau merupakan  Penasihat kepada Pusat Pengajian Madrasah Islamiah Jenderam Hilir, Kampung Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan.  Al Fadhil Ustaz merupakan seorang  pendakwah  yang gigih  dan mempunyai wawasan  yang terkehadapan  serta mempunyai kesungguhan dan cita-cita bagi mengujud sebuah perkampungan Islam  moden  yang  serba lengkap. Al Fadhil Ustaz  mengetuai  sebuah  pertubuhan ,Yayasan Al Jenderami, yang sering mengadakan majlis  hari Kebesaran  Islam,  Seminar dan Ijtimak di peringkat  Kebangsaan  dan Antarabangsa.  Al Fadhil Ustaz akan  menjadi panel kepada tajuk  :  Hijrah Rasulullah saw.

v.         Al Habib  Hassan  Muhammad al Attas dari Masjid Ba alawi  Singapura :
  
         Al Fadhil  Syaikh adalah seorang penceramah dan pendakwah terkenal dari negara jiran, Singapura. Beliau sering mendapat undangan dan jemputan berceramah Majlis-majlis  Kebesaran Rasulullah  saw dari seluruh beberapa tempat di Asia Tenggara  khasnya.

Tentatif  Program  :
Jumaat ( 11  Januari 2008 )

5.00  petang         -  Pendaftaran Peserta dari UTHOM  & 
                              Pelajar Maahad  As  Sofa
                          -  Solat Maghrib
                          -  Majlis  Ceramah / Tazkirah
                          -  Majlis Perlancaran Kitab Sanad SAW
                             oleh Sheikh Muhammad Fuad  bin Kamaludin al Maliki

Sabtu     ( 12 Januari 2008 )

8.30 pagi              -  Ceramah I
                              Tajuk    :  Bahaya dan Ancaman Syiah
                              Oleh     :  Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki

10.30 pagi            -   Ceramah II
                              Tajuk   :  Aqidah ahli al Sunnah Wa al Jamaah : 
                                            Cabarannya Merentasi Abad.
                              Oleh     :  Al Fadhil Ustaz  Haji  Mahfuz bin Muhammad

02.00 ptg             -   Ceramah III
                              Tajuk    :  Kristianisasi dan Ancaman  Gejala Murtad di Malaysia
                              Oleh     :  al Fadhil Ustaz  Haji  Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz 

06.00 ptg             -    Majlis Perarakan Maal Hijrah saw
                          -    Majlis Bacaan  Maulid   Daibaie

07.12 ptg             -    Solat Maghrib
                          -    Ceramah  IV  oleh Panel Jemputan :

                               Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Hafiz bin Selamat                            

                               Al Fadhil Dato’ Syed Omar ibnu Syed Abdul Kadir Al Aidarus
                                
                                Al Fadhil al Habib Hassan al Ba alawi

                          -     Majlis Perlancaran Kitab “ Kul Hazihi Sabili ”  dan
            Majlis  Perlancaran CD Qasidah Puji-pujian Nabawi
            

                          -     Solat Isyak
                          -    Jamuan / Bersurai   

Ahad    ( 13 Januari 2008 )

05.49  pagi          -     Solat  Subuh
                         -      Kuliah Subuh

08.00 pagi            -     Majlis Ramah Mesra antara Pelajar UTHOM dengan 
                               pelajar Maahad As Sofa 
                          -     Majlis  Penutup

MUSLIMIN/ MUSLIMAT ADALAH DIJEMPUT HADIR

Untuk urusan penginapan atau keterangan lanjut, sila hubungi :
Encik  Norizam  bin  Hashim   ( 013 380 7785 )
Encik  Ainul Amriz bin Ismail  ( 019 227 9226 )
 
Yayasan  Sofa Negeri Sembilan
Km 35 Jalan Seremban Tampin
71350 Kota Negeri Sembilan
Tel / Fax  :  06 445 0363
email : yayasansofa@gmail.com
www.yayasansofa.com
www.yayasansofa.blogsome.com