InsyaAllah, Madrasah al Hasaniah Bukit 9, Yayasan Sofa Negeri Sembilan akan mengadakan suatu Majlis bersama Ulama dan  Haul al Imam Alawi al Haddad pada tarikh  23 November 2007  @ Jumaat malam Sabtu ini.

                 InsyaAllah, majlis ini akan dihadiri bersama seorang Ulama Hadith Syeikh Dr. Sa’ad Gawish, dari Universiti al Azhar, Mesir. Syeikh Dr. Sa’ad Gawish adalah dalam misi Halaqah Tour dari beberapa masjid dan venue/lokasi di Singapura. Syeikh Doktor ini pernah hadir ke negara ini pada 25 - 28 Ogos 2006 bersempena Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah, anjuran Kerajaan Negeri Pahang bersama Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

             Muslimin/mat dijemput hadir. Maklumat lanjut berkenaan majlis ini ( jika ada ) akan diberitahu kemudian. 

Sedikit latarbelakang Prof. Dr. Saad ibn Saad Razak Jawish :

              Dilahirkan di daerah/wilayah Kafrus Sheikh, sebuah pusat tempat tinggal Syed Salim Azbah Razak Jawish pada  tarikh 29 april 1941 Masihi.Beliau telah mengkhatamkan hafazan al Quran di Maktab al Qaryah dan melanjutkan pelajarannya di Maahad Dusuki ad Dini pada tahun 1954 dan telah memperolehi Sijil Menengah sekolah-sekolah Al Azhar as Syarif pada tahun 1963.

           Beliau telah memperolehi Ijazah pertama  BA ( Hons ) dari Kulliyyah Usuluddin dengan pangkat Cemerlang pada tahun 1968 M. Kemudiannya beliau memperolehi Ijazah Master ( MA )  dengan tajuk thesisnya  Tabarraj dari Perspektif Sunnah pada tahun 1970 M dan melayakkannya menjadi Pembantu Pensyarah di bahagian Hadith Kulliyyah Usuluddin Universiti al Azhar as Syarif.

Selanjutnya  beliau  memperolehi  Ijazah  PhD nya  pada tahun  1976 M.  Di antara kitab-kitab karangan beliau adalah :

Sunnah-sunnah yang Suci pada Keutamaan Kenabian

Muamalah Islamiyyah pada Perspektif Nabawiyyah

Hidangan Nabawi pada Hebah, Hadiah dan Wasiat

Sunnah yang Mulia dan Ilmu-ilmu Hadith

Sunnah-Sunnah Zakat

Jalan Menuju Hijrah dari sudut Analisa Hadith

Nasihat kepada Ummah  untuk Melazimi Sunnah