Warga Kerja  dan Ahli  Jawatankuasa
Yayasan Sofa Negeri Sembilan
mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan Batin

kepada seluruh ikhwan dan rakan taulan

yang telah sama-sama  memberikan
kerjasama dan sumbangan
menjayakan semua aktiviti dan program
Yayasan  Sofa Negeri Sembilan

Semoga Aidil Fitri ini  membawa  limpahan
Rahmat dan Keberkatan untuk kita semua.

Daripada Anas r.a berkata:

Selepas Nabi s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu baginda bersabda,

“Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman jahiliah, dan sesungguhnya Allah telah menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: hari raya korban dan eidul fitri”.

(Hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’ie)

Hari Raya adalah ibadat.

Marilah kita bersama-sama mengingatkan antara satu dengan yang lain bahawa dalam keseronokan meraikan hari lebaran ini jangan kita terlupa batasan-batasan yang  telah ditetapkan oleh hukum Syarak.