Alhamdulillah, tidak beberapa hari lagi kita akan bersama-sama menyambut kehadiran Ramadhan al Mubarak 1428 Hijrah. Tidak kita sedari bahawa sudah berlalunya Ramadhan 1427 H, setahun yang lalu, kini tiba kembali kehadirannya. Ayuh, kita bersama menyambut kehadirannya dengan azam dan tekad yang lebih berganda  dan bersemaraklah malam-malam dan siangnya dengan ertisebenarnya penghidupan…

               Sepanjang minggu-minggu berlalu, berbagai acara dan sambutan  telah dilaluinya, bermula dengan Lawatan / Rombongan  Ke Surabaya, diikuti dengan sambutan Nisfu Sya’ban  dan terakhirnya, minggu  lalu dengan Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos, kali ke 50.  Moga  sambutan merdeka yang baru dilalui ini, memberikan  suatu dimensi baru dalam kehidupan kita  bersesuaian dengan pengertian sebenar harga dan nilai sebuah kemerdekaan itu.

                Rejab telah melabuhkan sayapnya. Menyusul nanti Sya’ban, juga akan melabuhkan tirainya dan diikuti dengan kemunculan Ramadhan yang penuh padanya berbagai kemuliaan.

 

 

 

 

 Untuk Bacaan Hizb al Bahr : Klik http://andalus.wordpress.com/2007/08/16/hizb-albahr/