Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Alawi ibn Abbas al Maliki al Hasani
AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN
Tuan / Puan yang dimuliakan,
Alhamdulillah, setinggi pujian dan rasa syukur ke hadhrat Allah s.w.t kerana bahawa Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Alawi ibn Abbas al Maliki al Hasani akan hadir ke Malaysia pada minggu ini. Beliau adalah merupakan anakanda kepada al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘alawi ibn Abbas al Maliki al Hasani. Beliau mahir di dalam bidang Tafsir al Quran dan menjadi pengganti ayahandanya selepas kewafatan ayahandanya.
Alhamdulillah dan InsyaAllah beliau akan menjadi tetamu utama pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Yayasan Sofa N. Sembilan, pada Sabtu ini, 11 Ogos 2007. Jika tiada aral, beliau akan hadhir bersama pada majlis ini seterusnya akan memberikan sedikit tazkirah dan ceramah kepada sidang hadhirin sekelian.
Muslimin/mah seluruh Malaysia tidak harus melepaskan peluang untuk bersama ulama muda ini dan anda semua dijemput hadir pada majlis ini. Inilah satu-satunya majlis umum yang diadakan semasa beliau berada di Malaysia pada kali ini. Ini juga menyaksikan bahawa kehadiran Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Alawi ini adalah merupakan kesinambungan daripada kehadiran ayahandanya terdahulu ( 2004 ) ke madrasah ini. Moga rahmah dan barakah akan melimpah-ruah mencurah turun bersempena kehadiran beliau ke madrasah ini. Amin…




