BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
UmumAugust 28, 2007 8:47 am

                                     ( Petikan dari Utusan Malaysia…)

 

mb

 Manifestasi untuk mewujudkan sebuah madrasah agama dengan berkonsepkan `pondok moden’ harus dilihat sebagai tapak melahirkan para `graduan ilmu Islam’ yang berwibawa serta mampu berhadapan anasir yang cuba menggoyahkan akidah umat Islam.

    Berdasarkan itulah, sebuah madrasah di Rembau _ Madrasah Al Hasaniah (milik Yayasan Sofa Negeri Sembilan) telah menjadi teras kepada usaha mengembalikan pengajian secara pondok ini tetapi dalam bentuk yang lebih segar dengan kitab dan buku yang diterbitkan secara tulisan moden dan mudah difahami oleh ahli pengajian ilmu.

     Usaha tanpa henti yang dilakukan oleh Sheikh Haji Muhammad Fuad Haji Kamaludin al Maliki _ pengasas, penulis hampir 200 kitab dan buku agama, Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan, penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan, penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan telah menjadikan konsep yang dipakai itu berjaya menarik minat ramai untuk mendalami Islam.

      Apa yang lebih membanggakan, bukan sekadar mencurahkan ilmu, sebaliknya di madrasah itu sendiri ia kini menjadi pusat rujukan bagi mereka yang mahu mendalami syiar Islam.

      Ini diperjelaskan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan beliau sewaktu merasmikan Majlis Sambutan Isra’ dan Mikraj di madrasah berkenaan dan antara yang diberi penekanan oleh beliau ialah satu usaha murni yang dijalankan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk membantu umat Islam di negeri ini.

     "Saya berbangga dengan usaha yang dijalankan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan ini kerana ia dilakukan sesama ahli dan tidak meminta bantuan daripada kerajaan. Semua ini dilakukan kerana pengorbanan ikhlas ahli," katanya.

     Apa yang jelas, usaha berkenaan berjaya menjadikan madrasah ini sebagai model dan cara pengurusannya dilihat profesional serta sistematik.

     Dengan Yayasan yang berusia setahun jagung, ditubuhkan pada 17 Februari 2004, ia kini mampu membangunkan sebuah madrasah moden, lengkap dengan pusat penyelidikan, rumah anak yatim, dua pusat tahfiz (di Selangor dan Kuala Lumpur), percetakan serta menganjurkan pelbagai seminar peringkat antarabangsa.

     "Ia satu usaha yang bagus, walaupun cara yang dilakukan pelbagai, tetapi matlamatnya satu iaitu menegakkan syiar Islam," katanya beliau.

      Mohamad dalam ucapan itu juga berkata, beliau mempelawa Yayasan Sofa Negeri Sembilan bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Islam (Pusat Dakwah Islamiah) di Paroi, untuk bersama-sama meneruskan usaha memartabatkan syiar Islam di negeri ini.
 
     Melihatkan perkembangan ini, konsep `pondok moden’ yang diperkenalkan itu sebenarnya membuka ruang pengajian yang lebih meluas, selain memberi tarbiah melalui cara talaqqi (guru dan murid), ia juga mampu mendidik generasi muda ke arah lebih disiplin.

     Namun begitu segala usaha ini tidak akan berhasil sekiranya umat Islam tidak bersatu dan berbeza pendapat termasuklah tidak berpegang teguh dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

     Seorang Ulama Arab Saudi, Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Hasani berkata, umat Islam perlu bersatu padu kerana musuh Islam, kini bukan sahaja dari luar tetapi di kalangan orang Islam sendiri.

     "Kita harus bersatu menentang anasir yang cuba memecah belahkan umat dan peranan ini harus dimainkan oleh semua umat Islam," kata beliau dalam Majlis Bersama Ulama di Madrasah Al Hasaniah, Rembau, semalam.

     Hakikatnya jelas, bahawa madrasah hari ini mempunyai tugas besar, selain menyebarkan dakwah Islamiah, ia juga berperanan besar mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebagaimana perjuangan Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

     Pada masa yang sama, identiti sesebuah madrasah itu pula tidak hanya menggambarkan `cara kampung’ sebaliknya harus diselarikan dengan gaya moden agar memenuhi keperluan semasa.

     Cara dan pendekatan moden inilah antara sebab Madrasah Al Hasaniah, Kampung Bukit Sembilan, Rembau itu kini menjadi model dengan aktiviti membangunkan modal insan _ `Insan Islamik’ yang berkaliber dalam semua aspek iaitu matang pemikiran, berkarisma, tegas, akidah yang betul, jujur, mahir sekali gus mampu mengisi kekosongan Ulama masa hadapan. _ Utusan Malaysia

UmumAugust 7, 2007 8:16 am

AHLAN  WA  SAHLAN  WA  MARHABAN

Tuan / Puan yang dimuliakan, 

             Alhamdulillah, setinggi pujian dan rasa syukur ke hadhrat Allah s.w.t kerana  bahawa   Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Alawi ibn Abbas al Maliki al Hasani akan hadir ke Malaysia  pada minggu ini. Beliau  adalah  merupakan anakanda kepada al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘alawi ibn Abbas al Maliki al Hasani. Beliau mahir di dalam bidang Tafsir al Quran dan menjadi pengganti ayahandanya selepas kewafatan ayahandanya.

             Alhamdulillah  dan InsyaAllah beliau akan menjadi tetamu utama pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Yayasan Sofa N. Sembilan, pada Sabtu ini, 11 Ogos 2007. Jika tiada aral, beliau akan hadhir bersama pada majlis ini seterusnya akan memberikan sedikit tazkirah dan ceramah kepada sidang hadhirin sekelian.

              Muslimin/mah seluruh Malaysia tidak harus melepaskan peluang untuk bersama ulama muda ini dan anda semua dijemput hadir pada majlis ini. Inilah satu-satunya majlis umum yang diadakan semasa beliau  berada di Malaysia pada kali ini.  Ini juga menyaksikan bahawa kehadiran Al Allamah Sayyid  Ahmad  ibn  Muhammad  ibn ‘Alawi  ini adalah merupakan kesinambungan daripada kehadiran ayahandanya terdahulu ( 2004 ) ke madrasah ini.  Moga rahmah dan barakah  akan melimpah-ruah mencurah turun bersempena kehadiran beliau ke madrasah ini. Amin…

UmumAugust 6, 2007 3:29 am

 

PENASIHAT, YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA

YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

dengan segala hormat dan sukacitanya

 menjemput dan mempersilakan

Y.B / Dato’ / Tuan / Puan  ke Majlis ;

SAMBUTAN   ISRAK   DAN   MIKRAJ

Tarikh       :    11  Ogos  2007 bersamaan  27  Rejab 1428 Hijrah

Masa         :    02.30 petang

Tempat     :   Madrasah al Hasaniah, Kg. Bukit Sembilan, Km. 35 Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan.

Majlis  Sambutan ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Aturcara
Majlis Isra’ dan Mikraj

11 Ogos 2007 (Sabtu)

   
3.00 petang = Ketibaan jemputan
  = Ketibaan YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
    Bersama Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah bt
Tengku Nujumuddin
  = Bacaan Doa/Al-Quran/Qasidah/Madaih
  = Ucapan Aluan
    Yang Arif Tuan Mohd Shukor Bin Sabudin
  = Taklimat Pembangunan dan Perancangan
Yayasan Sofa  Negeri  Sembilan
   
  = Ucapan dan Perasmian
Majlis  Isra’ dan Mikraj serta
Pelancaran Kitab Tafsir Surah Yasin  oleh
YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
  = Penyampaian Cenderamata
  = Solat Asar
  = Jamuan Ringan
 

=

 

YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan
dan isteri meninggalkan majlis

 

5.30 petang = Majlis Ceramah  Oleh Sohib al Siyadah Al Fadhil
Dato’ Syed Omar ibnu Syed Abdul Kadir Al Aidarus,
Ahli Jemaah Pangkuan Negeri Terengganu

7.30 malam = Solat Maghrib
  = Bacaan Maulidur Rasul S.A.W
  = Solat Isyak
     
 

=

 

=

Ceramah  Oleh Sohibus Samahah                                                              Dato’ Hj. Murtadza bin Hj. Ahmad,
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Majlis  Tazkirah dan  Ceramah  oleh                                                               al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad                                                          ibn ‘Alawi  ibn Abbas al Maliki al Hasani                                                             dari Makkah al Mukarramah.

 

11.30 malam = Jamuan  dan Majlis Bersurai

UmumAugust 3, 2007 5:37 am

Assalamualaikum…

Tuan/Puan yang dirahmati,

Suatu Majlis Ulangtahun / Hol Sayyid Ahmad bin Idris, Pengasas Tariqah Al Ahmadiyyah, akan diadakan pada butiran berikut  :

Tempat     :  Madrasah al Hasaniah, Kg. Bukit Sembilan,  KM. 35,  Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan

Tarikh    :   04  Ogos  2007  ( Sabtu  malam Ahad )

Masa      :   Majlis bermula  dengan Solat Maghrib berjemaah.

Muslimin/muslimat adalah dijemput hadir bersama-sama, bagi mengingati dan  mengambil iktibar daripada perjuangan dan sumbangan besar tokoh sufi ini  di dalam mengembangkan ilmu pengetahuan Islam dan perjalanan tasawwuf/sufi.  Majlis akan dipimpin oleh Al Fadhil Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki.

UmumAugust 2, 2007 4:37 am

saw

Alhamdullillah, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam  ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya.

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekelian,

Kita bersua kembali di blog ini, setelah lebih kurang  tiga bulan berlalu, InsyaAllah  pihak kami akan memberikan lapuran dan informasi yang terkini berkaitan dengan program dan aktiviti serta kegiatan Al Fadhil Sheikh Muhammad Fuad khasnya serta perkembangan Yayasan Sofa Negeri Sembilan amnya. Moga dengan kehadiran bulan Rejab ini dan bersempena juga dengan " Israk dan Mikraj  " di dalam bulan ini, akan memberikan suatu suntikan semangat kepada kami untuk terus  memberikan anekdot dan mengisi lembaran blog ini untuk tatapan Tuan/Puan sekelian…

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين       


madr hasaniah

( Alhamdulillah, pembinaan madrasah yang baharu sudah hampir siap dalam pembinaannya. Jika tiada halangan, madrasah ini akan digunakan sepenuhnya pada majlis Sambutan  Israk dan Mikraj yang akan datang, yang akan dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan.  Maklumat dan informasi berkenaan majlis berkenaan akan diberitahu kemudian, InsyaAllah )