Pengajian Di Masjid Negeri, Seremban,
… MAKA BERMULALAH SAMBUTAN MAULID S.A.W ….
Pengajian di Masjid Negeri Seremban oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, diteruskan sepertimana biasa, selepas solat Maghrib, pada setiap hari Isnin malam selasa pada setiap minggu. Jemaah sekelian akan berpeluang untuk mengikuti siri ceramah oleh al Fadhil Syeikh berpandukan kepada Kitab al Syamail al Muhammadiah, karangan al Imam al Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Saurah al Tirmizi r.a , di samping Kitab al Hidayah al Salikin oleh Syeikh ‘Abdus Shamad al-Falimbani r.a.
Hari ini, 19 Mac 2007, suatu Majlis Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan di Masjid Negeri, Seremban ini, bersempena dengan kedatangan 01 haribulan Rabiul Awwal pada esok hari. Dengan masuknya dan hadirnya bulan Rabiul Awwal ini, maka akan bersemaraklah lagi hendaknya, rasa kecintaan kita ke atas Rasulillah s.a.w. Maka akan berterusanlah keriangan dan kegembiraan ini hingga ke hari Maulid s.a.w , dan hari-hari seterusnya, disambut dan dirai bersama-sama untuk kesekian kalinya. Moga sambutan dan keriangan ini, melayakkan kita mendapat Naungan dan Rahmat Allah swt dan syafaat Baginda Rasulullah s.a.w kelak, Amin.
Muslimin/muslimat adalah dijemput hadhir….
…. al fadhil Sheikh sedang memberikan kuliahnya.





