
Sebahagian daripada clip video al Fadhil Syeikh …
( Moga memberi manfaat ).
http://www.youtube.com/watch?v=x7TA76ouSuU
http://www.youtube.com/watch?v=L54U61F6388
( boleh juga klik di http://yasofa.wordpress.com/ )
BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA

Sebahagian daripada clip video al Fadhil Syeikh …
( Moga memberi manfaat ).
http://www.youtube.com/watch?v=x7TA76ouSuU
http://www.youtube.com/watch?v=L54U61F6388
( boleh juga klik di http://yasofa.wordpress.com/ )
Pengajian Di Masjid Negeri, Seremban,
… MAKA BERMULALAH SAMBUTAN MAULID S.A.W ….
Pengajian di Masjid Negeri Seremban oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, diteruskan sepertimana biasa, selepas solat Maghrib, pada setiap hari Isnin malam selasa pada setiap minggu. Jemaah sekelian akan berpeluang untuk mengikuti siri ceramah oleh al Fadhil Syeikh berpandukan kepada Kitab al Syamail al Muhammadiah, karangan al Imam al Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Saurah al Tirmizi r.a , di samping Kitab al Hidayah al Salikin oleh Syeikh ‘Abdus Shamad al-Falimbani r.a.
Hari ini, 19 Mac 2007, suatu Majlis Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan di Masjid Negeri, Seremban ini, bersempena dengan kedatangan 01 haribulan Rabiul Awwal pada esok hari. Dengan masuknya dan hadirnya bulan Rabiul Awwal ini, maka akan bersemaraklah lagi hendaknya, rasa kecintaan kita ke atas Rasulillah s.a.w. Maka akan berterusanlah keriangan dan kegembiraan ini hingga ke hari Maulid s.a.w , dan hari-hari seterusnya, disambut dan dirai bersama-sama untuk kesekian kalinya. Moga sambutan dan keriangan ini, melayakkan kita mendapat Naungan dan Rahmat Allah swt dan syafaat Baginda Rasulullah s.a.w kelak, Amin.
Muslimin/muslimat adalah dijemput hadhir….
…. al fadhil Sheikh sedang memberikan kuliahnya.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1428 H:
MAJLIS SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL SAW dan
ULANG TAHUN KE-10
MADRASAH AL HUSAINIAH CHENONG
REMBAU, N.SEMBILAN
1428 H
PADA : 30 MAC 2007 — 01 APRIL 2007
PENGENALAN :
Sambutan Maulidur Rasul anjuran YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN yang diadakan pada kali ini, cuba mengetengahkan isu dan penemuan kontemporari yang berkaitan dengan Sunnah dan Sirah Nabawi s.a.w. Sambutan ini akan menjadi medan muzakarah, taklimat dan diskusi ilmu serta pelancaran kitab oleh tokoh jemputan. Para peserta dan hadirin akan mendapat input terkini dalam ilmu dan isu berkaitan dengan Sunnah/Hadis dan Sirah. Dijangkakan lebih dari 500 peserta yang akan hadir sepanjang berlangsungnya sambutan selama dua hari setengah ini.
TEMA UTAMA :
” Mengenali, Mencintai dan Menyayangi Nabi dan Keistimewaan Baginda “
SUB-TEMA :
· Sunnah dan Sirah sebagai Aplikasi Semasa
· Sunnah dan Sirah Menepati Cabaran Semasa
OBJEKTIF :
· Mengutarakan penghayatan Warisan Nabawi
· Sunnah Nabawi sebagai sumber penyelesaian kehidupan
· Meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Warisan Nabawi
PESERTA :
· Terbuka kepada semua pelajar dan mahasiswa IPT
· Masyarakat dan orangramai yang berminat
Jamuan disediakan pada sepanjang majlis sambutan
Sila hubungi kami, bagi mereka yang memerlukan penginapan.
HARI PERTAMA :
JUMAAT (30 MAC 2007)
Solat & Khutbah Jumaat
Oleh : Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
Di Masjid Nerasau
Bacaan Maulid Barzanji Nathar
Ceramah Maulidur Rasul SAW
Oleh: Ust. Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
Di Masjid Nerasau,
Rembau, N.S.
HARI KEDUA:
SABTU (31 MAC 2007)
Solat Subuh Berjemaah
Kuliah Subuh
Oleh : Ust. Roslan bin Abd. Razak
Pejabat Agama Islam Alor Gajah
Di Madrasah al Hasaniah
Kampong Bukit 9
Chengkau Ulu, Kota
Periwayatan Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah & al Mahabbah & Sanad Pengijazahan
Oleh: Ust.Muhammad Fuad bin Kamaludin
Di Madrasah Di Madrasah al Hasaniah
Kampong Bukit 9
Chengkau Ulu, Kota
Majlis Ramah Mesra @ Suaikenal
Antara Mahasiswa KUITHO dengan Pelajar Anak Yatim/Miskin
YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Di Madrasah al Hasaniah
Kampong Bukit 9
Chengkau Ulu, Kota
Pengajian Kitab al Syamail al Muhammadiah
Oleh : Ust. Solehudin bin Azraei
Pensyarah & Penasihat Agama Kolej Islam Melaka
Di Madrasah al Hasaniah,
Kampong Bkt. 9
Chengkau Ulu, Kota
Solat Asar Berjamaah
Bacaan Hizib al Bahr,
Imam Abi Hasan al Syazuli dan sanad pengijazahannya.
Oleh: Ust.Muhammad Fuad bin Kamaludin
Di Madrasah al Hasaniah,
Kampung Bkt. 9.
Chengkau Ulu, Kota
Perarakan Maulid al Rasul saw
Di Madrasah al Hasaniah, Bkt. 9.
Majlis Khatam Kitab al Syamail al Muhammadiah,
serta Ijazah & Sanad Periwayatan Musalsal bi al Ru’yah.
Oleh: Ust. Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.
Selepas solat Maghrib
Bacaan Maulid Daiba`i & Qasidah Nabawiyah
Ceramah 1: MAULIDUR RASUL saw
Oleh:Habib Abdullah Zaki al Kaf
Dari Bandung, Indonesia
Ceramah 2: Pelancaran kitab Anwar al Sabil al Aqwam fi Syarh Hikam
( Syarah Hikam Syeikh Atoillah al Sakandari )
karya Ust.Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.
Oleh: Dato’ Sayyid Umar bin Abdul Qadir al ‘Aidarus
Ahli Jamaah Pangkuan Negeri Terengganu Darul Iman merangkap
Penaung YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN.
Di Madrasah al Hasaniah
Kampung Bkt. 9.
Chengkau Ulu, Kota
HARI KETIGA:
AHAD (01 APRIL 2007)
Solat Subuh
Pengajian kitab Kanz al Minan `ala Hikam Abi Madyan
Oleh Ust. Muhammad Fuad bin Kamaludin
Di Masjid Nerasau
Bacaan Burdah Busairi
Di Madrasah al Husainiah
Kampung Chenong
Majlis Penutup Maulidur Rasul saw
Majlis Pengijazahan Hizib al Nawawi dan sanad pengijazahannya
Oleh: Ust. Muhammad Fuad bin Kamaludin
dan
Majlis Pelancaran
Sambutan 10 Tahun Madrasah al Husainiah, Chenong
Oleh: YB Dato’ Dr. Haji Awaludin bin Mohd Said
ADUN kawasan Kota.
Bacaan Maulid Barzanji Nazam
Majlis Hol & Tahlil
Di Madrasah al Husainiah, Chenong
Jamuan dan Bersurai
URUSETIA :
Yayasan Sofa Negeri Sembilan
http://yayasansofa.blogsome.com/
Alamat surat menyurat:
Urusetia Seminar Maulidur Rasul
YASASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Kampung Bukit Sembilan,
71350 Kota
Negeri Sembilan
Tel / Fax : 06 4450 363
@
019 663 7785 ( En. Hanif Abd. Hamid )
019 227 9226 ( En. Ainul Amriz Ismail )
PANCARAN NUR : DOA & ZIKIR AHLI AKHYAR
“Sesuatu yang tidak dapat dilakukan (difahami) kesemua, maka jangan ditinggalkan kesemuanya.”
“Majmu’ yang berkat ini mengandungi sejumlah zikir dari hadith-hadith Nabi
, wirid-wirid, hizib-hizib dan salawat yang mahsyur lagi ma’thur daripada ulama’ salaf.
Semoga Allah Ta’ala memberikan manfaatnya dan mentaufiqkan sekalian manusia merasai kelazatan maknanya dan menghayatinya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar Lagi Maha Memperkenankan permohonan hamba-hamba Nya.
Al Muhaddith Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki al Hasani
Nota :
Sudah lama diterbitkan tetapi mempunyai banyak manfa’atnya yang harus dikongsi bersama bagi mereka yang belum mengetahui, yang terbaiknya adalah berguru bagik mendapat bimbingan/ panduan yang sewajarnya.
Dengan segenap tenaga dan kudrat, kami sentiasa berusaha dengan bersungguh untuk menjalankan dan menjayakan pembinaan Madrasah YSNS mengikut rancangannya.
Moga Madrasah Baru ini memberikan suatu suntikan baru dan menggilap iltizam kami bagi memupuk semangat dan kesungguhan kami dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menjana pembangunan ummah Islam di negeri ini.
Dengan kehadiran bulan Rabi’ Awwal 1428 Hijrah yang tidak berapa lama lagi, berserta kerinduan dan kecintaan kami terhadap bulan " Maulidir Rasul s.a.w " ini, pastinya persiapan pembinaan ini tidak sabar untuk dinanti-nantikan.
Ayuh, rakan dan ikhwan, kita bergembira menunggu kehadiran dan kedatangannya dengan pebuh rasa kecintaan dan mahabbah.
…. pembinana 23% siap…
… pembinaan 27% siap ….
… pembinaan 34% siap ..
TERKINI : TERKINI : TERKINI : TERKINI
… pembinaan 94% siap …