BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
Umum, Isu SemasaFebruary 14, 2007 9:51 am

WAKAF / SUMBANGAN / DERMA :

PEMBINAAN MADRASAH BARU

          

                  YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN  ( 0202/04/9 ) adalah sebuah institusi yang menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan khusus bagi ahli masyarakat dan orangramai. Yayasan ini telah membangunkan sebuah kawasan seluas 15 ekar di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau Ulu, 71350 Kota, Negeri Sembilan, yang telah dibina sebuah bangunan untuk Kediaman dan Asrama Anak-anak Yatim dan Golongan Dua’fa’ , sebuah Dewan Pengajian dan beberapa bangunan yang lain.

            Selaras kepada pertambahan ahli pengajian dan Pelajar Anak-anak Yatim dan Golongan Dua’fa’ ini, sebuah bangunan Madrasah yang lebih besar dan beberapa tambahan bangunan adalah sangat diperlukan. Bangunan baru ini adalah untuk keselesaan dan kegunaan ahli jemaah dan orangramai serta menampung bilangan pelajar anak yatim dam golongan dua’fa’ yang semakin meningkat.

           Sehubungan dengan itu, di atas rasa tanggungjawab sosial dan keperihatinan kepada masyarakat, kami memohon kepada pihak tuan / puan agar sudi menghulurkan Wakaf / Sumbangan / Derma untuk tujuan ini atau sebarang bantuan, di atas nama Surau At Taufiqi Al Husaini , Akaun Bank Islam Nombor Akaun : 5012010058375 atau di atas nama Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Akaun Bank RHB Nombor Akaun : 25504700001867.

            Kerjasama dan sumbangan pihak Datuk / Tuan / Puan bagi menjayakan hasrat hasanah dan kebajikan Yayasan ini, adalah didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Anggaran   Kos  Perbelanjaan
MADRASAH / Dewan Pengajian
Yayasan Sofa  Negeri  Sembilan
———————————-

1.  Bangunan  Madrasah  Baru   RM     350 000. 00

2.  Alatan  / Perabot                     RM       55 000. 00

3.  Permaidani / Carpet                RM      45 000. 00

4.  Baik Pulih  Jalan                        RM      25 000. 00

5.  Perparitan dan Longkang        RM      35 000. 00

6.  Sistem  Pembesar  Suara         RM      28 000.00

7.  Lain-lain                                     RM     200 000. 00                                               

                                  JUMLAH         RM     738 000. 00  
                                                            

UmumFebruary 13, 2007 5:53 am

Dosa Umpat Kekal Jika Tak Diampun Mangsa :

            MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. 

             Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

             Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

             Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

             Sabda Rasulullah s.a.w : "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

            Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

            Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

           Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:

• Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

• Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

• Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

( Oleh Wan Marzuki Wan Ramli )

UmumFebruary 8, 2007 5:20 am

Al hamdulillah, semua orang , baik kecil atau besar, lelaki atau perempuan, semuanya berlumba menghulur bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir. Ia bertepatan dengan firman Allah yang menyuruh kita bantu-membantu dalam membuat kebajikan dan jangan membantu kepada perkara yang membawa kerosakan.

Bagi mereka yang suka bersedekah, ini adalah peluang bagi mereka berbuat demikian. Jangan bakhil atau takut dengan bersedekah harta kita akan berkurang atau boleh menyebabkan kita menjadi miskin.

Islam mencela golongan yang bakhil. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya melalui surah Ali-Imran ayat 180 yang bermaksud:

"  Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka kebakhilan itu baik bagi mereka. Sesungguhnya, kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhil itu akan dikalungkan kelak di lehernya di akhirat kelak."

Terdapat juga tafsiran mengatakan menghubungkan silaturahim itu boleh memanjangkan umur. Ia bukanlah bermaksud umur kita bertambah dengan menghubungkan silaturrahim tetapi apa jua kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan selalu disebut-sebut.

Walaupun jika dia mati, namun apabila anaknya berjumpa dengan orang yang berkenaan, mereka akan berkata, Arwah bapa kamu dulu selalu datang ziarah atau suka bersedekah.

Bagaimanapun, dalam bersedekah atau apa juga yang kita lakukan, ia perlu dibuat secara sederhana. Jangan terlalu ghairah bersedekah jika ia hanya bertujuan untuk menyerlahkan kemewahan yang dimiliki, atau sekadar inginkan publisiti murahan di media massa.

Sedekah dan derma seperti itu tidak akan membawa erti dan tidak memperolehi sebesar-besar ganjaran dijanjikan sebagaimana mafhum ayat al-Quran yang dinyatakan di atas.

 

Oleh itu perbanyakkanlah sadeqah dan bantuan mu kepada mereka yang memerlukan….

Umum, Majlis IlmuFebruary 2, 2007 6:54 am

JADUAL PENGAJIAN  :

SHEIKH  MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL MALIKI

 

Tertakluk kepada perubahan dan pindaan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

013 330 2143 (  Abd. Jalil )
019 662 3826 ( En. Maznor )