BERSAMA MENUJU PUNCAK SEJAHTERA
UmumOctober 24, 2009 6:06 pm

 

          Yayasan Sofa Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Ibadah Qorban pada tahun ini bersempena dengan kehadiran Aidil Adha kali ini.  Muslimin/mat dijemput untuk bersama menyertai Ibadah Qorban ini.



         Pada tahun ini, satu bahagian share Qorban KEKAL pada harga RM 350.00 satu bahagian. Tuan/Puan yang ingin  menyertai  program Ibadah Qorban YSNS ini, hendaklah bersegera memberi maklumat dan menghubungi staff kami bagi mengelakkan sebarang kesulitan di saat-saat akhir kelak.

Sila hubungi Saudara Norizam Hashim untuk tempahan > 013 380 7785


KEUTAMAAN KORBAN


1. Allah Berfirman:

“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta (binatang ternak) itu sebahagian dari syiar Allah. Kamu memperolehi kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah oleh mu nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan tidak terikat). Kemudian apabila telah tumbang (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur”. (Surah Al-Hajj: 36)


2. Allah berfirman :

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”.(Surah Al-Khauthar: 2)

 

“Barangsiapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan qurban), lalu tidak melakukannya (tidak berqurban),
maka janganlah mendekati tempat solatKu”. (Hadis Riwayat Ahmad).

 

 

 

Umum 4:33 pm


 

 

PENGAMBILAN / KEMASUKAN SESI 2010 : AS-SOFA ISLAMIC HIGH SCHOOL

          Sekolah ini, sebagai manifestasi Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk melebarkan usaha dakwah serta memperlengkapkan golongan muda dengan ilmu, bukan sahaja akademik tetapi juga agama, telah bersedia untuk menerima kehadiran pelajar-pelajar tahun ketiganya, bagi sesi persekolahan 2010.  Ahli Lembaga Pengelola Maahad ini bersetuju supaya peringkat ketiga ini akan lebih menumpukan kepada kualiti kemasukan pelajar lelaki dan perempuan ke sini. Pelajar-pelajar baru akan disaring dan diterima kemasukan mereka setelah  melalui tahap temuduga  yang akan diadakan.

         Menurut Pengetua sekolah ini,  ketika ini struktur pengajian untuk akademik  telah  dikemaskini dan  bersetuju untuk menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu , Tingkatan Dua dan Tingkatan  Lima  ( aliran agama )  bagi sesi 2010 ini dan   akan dipastikan mampu menghafaz al-Quran serta diajar nahu, tauhid, hadis, feqah dan sirah. "Mereka juga akan melalui subjek  Bahasa Melayu,  Bahasa Inggeris,  Bahasa Arab, Pendidikan Islam,  Sains, Matematik,  Kemahiran Hidup,  Sejarah dan Geografi," ujarnya.

        " Terdapat penambahan ilmu untuk pelajar ini yang mana mereka akan  diberi bimbingan dalam manhaj dakwah supaya apabila keluar nanti, mereka mampu untuk menyampaikan dakwah seperti yang diajar dan mengikut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelasnya.  Pelajar  baru  ini akan ditempatkan di asrama yang disediakan serta dikenakan  Yuran Pendaftaran dan Wang Hemat diri  serta  Yuran  Bulanan  makanan  bagi  kemudahan  persekolahan, asrama  dan lain-lain.

          Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi  :

Nurul Huda (019-384 9676)

Ustaz Mohd Haneef 017 677 5431

STIAS  :  Fax 06-445 0363  @  Tel  06-445 0419 @ maahadassofa08@gmail.com

www.maahadassofa.com.my

 

Umum 4:17 pm

   

 

Umum 3:54 pm
JANGAN LEPASKAN PELUANG  INI UNTUK ANAK-ANAK  ANDA
 
 
 
 
 
Umum 3:42 pm
                                                    
 
UmumOctober 14, 2009 8:57 am

Jangan lupa  no…

MUSLIMIN MUSLIMAT, SEMUA AHLI YSNS, SEMUA IBUBAPA

 DAN PENJAGA STIAS @ MAAHAD  AS SOFA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

BAGI MEMERIAHKAN  SAMBUTAN HARIRAYA  YSNS  INI …

UmumOctober 7, 2009 7:45 am

TERKINI   * * * TERKINI * * * TERKINI * * * TERKINI

UmumOctober 6, 2009 11:19 am

* * *                                           

 

    

UmumOctober 2, 2009 6:39 am

        Dalam kita menyambut Syawal dan Idul Fitri ini, kita akan sekali lagi berpeluang menerima kunjungan dari Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki, salah seorang ulama dari Makkah al Mukarramah pada  10 Oktober 2009 ( Sabtu ), di Kompleks Yayasan Sofa 71350 Kota, Negeri Sembilan.  Beberapa program sedang disusun oleh pihak Urusetia dan akan dimaklumkan sedikit masa lagi. Apapun jangan lupa tarikh di atas, bermula pada waktu Asar, 4.30 petang hingga 10 malam.

MAJLIS HOL BERSAMA SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD IBN ALAWI AL MALIKI

Tarikh  :  10 Oktober 2009 ( Sabtu )

Masa    :   04.30 ptg - 09.30 mlm

Tempat  :  Kompleks YSNS

ATUR CARA  MAJLIS  :

4.10 PETANG  –    SOLAT ASAR 

-    CERAMAH OLEH DATO’ SYED OMAR BIN SYED ABDUL KADIR AL AIDARUS
–    PERSEMBAHAN QASIDAH
–    CERAMAH  OLEH  HABIB  HASSAN MUHAMMAD SALIM AL ATTAS (SINGAPURA)
–    BACAAN MAULID DI’BAIE
–    REHAT


7.08  PETANG   –   SOLAT MAGHRIB

–    BACAAN AL-QURAN
–    CERAMAH   OLEH  SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD  IBN  ALAWI   AL MALIKI
–    RUMUSAN  OLEH  SHEIKH MUHAMMAD FUAD  IBN  KAMALUDIN AL MALIKI
–    SOLAT ISYA’
–    JAMUAN/BERSURAI

(  Aturcara  majlis  adalah tertakluk kepada perubahan di saat akhir  ~ harap maklum )
 

            MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI, BERSAMA KELUARGA DAN RAKAN TAULAN.


* * * * * *

NOTIS  MESYUARAT AGUNG  TAHUNAN : 

YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN  & JEMPUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI


 

SEMUA AHLI DAN KAUM KERABAT DIJEMPUT HADIR. PERTANDINGAN MEWARNA DAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH TURUT DIADAKAN.

JUMPA DI SANAAAA….

UmumSeptember 17, 2009 4:01 pm

                                                                                                                                                                                                                                                                                  

   YSNS mengucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI kepada muslimin-muslimat. Moga kegembiraan ini akan berkekalan hendaknya,  di dunia hingga ke akhirat … 

UmumSeptember 14, 2009 5:36 pm

 

  

                           

                  Sepertimana tahun-tahun yang lalu, bersempena malam-malam terakhir bulan Ramadhan al Mubarak ini, YAYASAN SOFA sekali lagi akan mengadakan Majlis TAKRIM ULAMA  DAN FUDHALA’ juga Majlis KHATAM ALQURAN. Majlis seperti ini biasa diraikan oleh para Sheikh dan Alim Ulama terdahulu di dalam memuliakan dan membesarkan Para Ahli Ilmu ini. YSNS menjemput para muslimin/mat untuk sama-sama meraikan ahli-ahli ilmu ini dan membesar serta mengagungkan mereka sekalian…


* * * * * * *

Pencarian Lailatul Qadar :

 

Arkib Utusan Malaysia 14 Sept 2009

Oleh : PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.

Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.

Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.

Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.

Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.

Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.

Selanjutnya, klik di sini

UmumSeptember 7, 2009 7:41 am
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

DALAM ruangan minggu lepas, kita menampilkan peristiwa bersejarah tentang jihad umat Islam di Mesir pada 10 Ramadan 1393 Hijrah. Minggu ini pula, ruangan ini tersiar tepat pada 17 Ramadan yang menghantar kita kembali kepada dua peristiwa bersejarah penting bagi umat Islam, iaitu Nuzul Quran dan Ghazwah Badar al Kubra.
Al-quran perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian
Nuzul al-Quran

Di Malaysia, apabila tiba 17 Ramadan, rata-rata umat Islam mengadakan sambutan sempena Nuzul al-Quran. Mengimbau sejarah penurunan al-Quran, mengingatkan umat Islam tentang keagungan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang terbesar ini.

Sebenarnya Allah SWT berkuasa menurunkan al-Quran tanpa melalui perantaraan sesiapa. Tetapi Allah telah menghendaki al-Quran itu diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s untuk disampaikan kepada insan pilihannya, Nabi Muhammad SAW kerana rahsia agung yang terdapat di sebaliknya.

Rasulullah SAW pula bukan sahaja berjaya menyampaikan wahyu tersebut dengan sempurna. Baginda SAW mengaplikasi dan mencernakan setiap wahyu tersebut dalam segenap tindakan dan perbuatannya sehinggakan akhlak Baginda dinobatkan sebagai al-Quran.

Justeru, nabi SAW adalah gambaran al-Quran. Menceritakan tentang kebesaran al-Quran bermakna menceritakan tentang keindahan akhlak baginda SAW. Maka tidak wajarlah kita mengadakan sambutan Nuzul Quran tetapi meminggirkan insan pilihan yang menjadi penyebab kita dapat memahami dan menikmati keindahan al-Quran tersebut.

Penjagaan al-Quran

Di antara mukjizat al-Quran adalah Allah SWT sendiri menjamin penjagaan terhadap isi kandungannya hingga kiamat. Sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk mencemarkan dan mengubah kandungannya, al-Quran tetap terpelihara seperti mana yang dapat kita lihat hari ini. Allah berfirman: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. (al-Hijr :9)…..

artikel asal

UmumAugust 18, 2009 4:11 pm

 

YSNS mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

kepada semua ikhwan, muslimin/mat  yang dikasihi sekelian 

semoga  mendapat keberkatan  dan rahmat

yang melimpah ruah kepada kita semua.

 

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Kuala Lumpur n Negeri Sembilan

 

* * * * * * *

PELUANG  WAQAF :

YSNS dalam usaha mengumpulkan Dana dalam satu Tabung Waqaf / Amanah di bawah pengurusan Yayasan Sofa bagi menjalankan urusan kebajikan ummah, peluang pendidikan dan perkembangan Dakwah Islamiah seperti yang dinyatakan di bawah Perlembagaan YSNS, bagi tujuan kebajikan amal jariah.

Dana wakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam bagi menggalakkan kebajikan dan usaha-usaha kearah kebaikan, tujuan-tujuan berdakwah, kebajikan masyarakat dan pembangunan ummah.

Pembelian tanah  untuk  Wakaf dan Pembangunannya ini adalah di bawah kendalian Yayasan Sofa Negeri Sembilan, di Lot no. 1322, Mukim Chengkau Daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan keluasan 1.8970 hektar ( 4.6874  ekar ).

Dengan bantuan amalan Wakaf  ini akan dapat meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap ( complimentary ) kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahan-kemudahan perkhidmatan pendidikan,  dakwah dan kebajikan  dan seumpamanya kepada masyarakat Islam.

OBJEKTIF   WAQAF   YSNS :

  • Menggalakkan amalan sedekah jariah di kalangan umat Islam  dan sebagai alternatif untuk melaksanakan Ibadah wakaf
  • Melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa  dalam menggerak pembangunan sosial dan  pendidikan  umat Islam
  • Meningkatkan pegangan aset umat Islam yang akan  digunakan untuk kepentingan agama dan pembangunan ummah  dalam meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan.


PENYERTAAN :

Peluang ini adalah terbuka kepada seluruh Muslimin/mat. Pewakaf mewakafkan wang tunai melalui  pembelian dan penebusan tanah yang dicadangkan berdasarkan keluasan yang dihajatkan.  Sebagai contoh,  1 kaki persegi  adalah dengan harga RM 50.00,  bagi pihak dirinya atau orang lain (termasuk yang telah meninggal dunia).


Maksud ayat al Quran, surah al Munafiqun, ayat 10…

" Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang Yang soleh ".

UmumAugust 9, 2009 2:45 am

tahlil

Pada hari Sabtu ini, 15 Ogos 2009, InsyaAllah Tuan Penasihat YSNS, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki akan hadir dan mengetahui bacaan Tahlil Perdana bersempena kehadiran bulan Ramadhan al Mubarak ini.

PARA IKHWAN DAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.


* * * * * * *


TINGKATKAN IBADAT DALAM BULAN SYAABAN

Arkib Utusan Malaysia 03/08/2009

Oleh : PANEL PENYELIDIKAN, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN 

         BULAN Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan peringkat pertama untuk memasuki gerbang Ramadan telah pun berlalu. Ada di antara kita yang telah berjaya melatih diri dengan melakukan ibadah puasa, qiamullail, membanyakkan istighfar, selawat, bacaan al-Quran dan sebagainya.

Bermacam-macam amalan kebaikan yang dihidangkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk dilakukan bagi mendekatkan diri kepada-Nya kerana Allah Maha Mengetahui hamba-Nya akan bosan jika melakukan satu amalan tertentu sahaja.

Namun, tidak semua kita yang prihatin dengan kedatangan saat yang penting dan mulia ini kerana keprihatinan terhadap dunia telah menguasai diri. Akibatnya, kita lebih peka dengan tarikh Mega Sale di pusat-pusat membeli belah sempena hari kemerdekaan dan hari raya daripada tarikh dan masa yang lebih penting dan bernilai dari dunia dan seisinya.

Oleh kerana itu, pakaian dan perhiasan lahiriah untuk menyambut hari raya telah kita rancang dengan sempurna tetapi pakaian dan perhiasan batiniah bagi menyambut Ramadan dan Hari Aidilfitri kita lupakan kerana penyakit cintakan dunia telah membarah di hati.

Klik DI SINI untuk selanjutnya.

 

* * * * * * *

10 BADAN PENTADBIR AGAMA ISLAM NS TERIMA TAULIAH

Arkib UTUSAN MALAYSIA 07/08/2009

……. Lain-lain penerima tauliah Ahli MAINS ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan, Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Ishak Sahari, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Johani Hassan.

Penerima lain ialah Datuk Mohamed Husein, Datuk Borhan Hashim, Datuk Baharum Hasbullah, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz, Datuk Mohd. Najeeb Abdullah, Datuk Mohd. Fadzli Yusof dan Rosman Abdullah.

Sementara itu, Mohd. Yusof turut menerima tauliah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri daripada Tuanku Muhriz, manakala Timbalan Mufti negeri, Nor Azamir Alias menganggotai jawatan kuasa berkenaan.

Turut berada dalam senarai Jawatankuasa Fatwa negeri ialah Borhan, Baharum, Dr. Zulkifli Mohamed Al Bakri, Jamil Abdul Wahab, Ahmad Labib Md. Yusof, Mohd. Khalil Sheikh Ahmad, Sheikh Muhammad Fuad, Ahmad Azhari Talib dan Zamani Ibrahim.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah ialah Tan Sri Sheikh Ghazali Abd. Rahman, Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Muhammad Asri Abdullah, Datuk Abu Bakar Ahmad, Baharum dan Arshad Abd. Samad…….

UmumJuly 27, 2009 6:56 am

Arkib Utusan Malaysia 27/07/2009

Oleh : PANEL PENYELIDIKAN, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN 

BELUM pun berpisah dengan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang kekuasaan dan keagungan Allah melalui peristiwa agung Israk dan Mikraj, kita dijodohkan pula dengan peristiwa gerhana matahari yang menyaksikan satu lagi tanda kebesaran dan keagungan-Nya.

Selaku seorang Muslim, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku. Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan kedua-duanya."

Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59) Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini.

Untuk selanjutnya Klik Di Sini

 

ISRAK MIKRAJ DAULATKAN KETUANAN RASULULLAH

Arkib Utusan Malaysia 20/07/2009

SECARA umumnya faedah dan maksud terpenting yang dapat dipetik melalui peristiwa Israk dan Mikraj itu adalah menzahirkan kekuasaan Allah yang meliputi tiap-tiap sesuatu tanpa sebarang batasan.

Di sudut yang lain pula, menzahirkan ketuanan, kemuliaan dan keutamaan kekasih-Nya, Sayyiduna Muhammad SAW berbanding makhluk lain.

Telah thabit melalui riwayat yang sahih bahawa Rasulullah telah diperjalankan ke Masjid al-Aqsa dan di sanalah Baginda menjadi imam kepada sekelian rasul bagi membuktikan keutamaan dan kemuliaannya sebagai penghulu bagi sekelian nabi Allah SWT.

Apabila kita telah mengetahui dan mengakui hakikat tersebut, maka secara tidak langsung kita telah mengikrarkan di dalam diri bahawa kemuliaan Rasulullah itu adalah sentiasa mendahului para rasul yang lain.

Sebarang penghormatan yang dikurniakan ke atas mereka juga adalah terlebih layak dan utama dianugerahkan ke atas Baginda. Maka sesuailah Baginda digelar dengan gelaran penghormatan yang selayaknya dengan kedudukannya sebagai kekasih Allah yang paling agung dalam sejarah umat dan bangsa semenjak kejadian Nabi Adam lagi.

Para ulama yang telah dikurniakan basiroh (pandangan mata hati) oleh Allah telah menyatakan beberapa pendapat yang indah dan menakjubkan berdasarkan peristiwa Baginda diperjalankan ke langit.

Untuk selanjutnnya klik di sini.

 

PENGAJARAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ :

Arkib Utusan Malaysia 13/07/2009

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.


Solat adalah manifestasi pengabdian manusia kepada Allah dan wajib dilakukan walaupun di mana kita berada. - Gambar hiasan

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.

Selanjut klik di sini.

UmumJuly 12, 2009 3:56 pm

saw

Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah &  Madinah al Munawwarah.

Tarikh      :     17 Julai 2009   (  Jumaat )

 Masa        :      07.00 malam

Tempat    :      Kompleks Yayasan Sofa  Negeri Sembilan,  71350 Kota, N. Sembilan.

Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut  dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.

UmumJuly 5, 2009 5:35 pm

Keterangan Lanjut  Di Sini

 

* * * * * * *

* * * * * *

 

MENGHAYATI KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

Arkib Utusan Malaysia : 6 Julai 2009
Oleh : PANEL PENYELIDIKAN, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1430 ini. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.

Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.

Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.

Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.

Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.

Untuk seterusnya, klik di sini.

 

* * * * * *

PUSAT PENDIDIKAN DAN PUSAT PERNIAGAAN YAYASAN SOFA AKAN DIBUKA DI BUKIT INDAH, AMPANG. 

* * * * * * *

JADUAL PENGAJIAN BAGI BULAN JULAI 2008

UmumJune 29, 2009 11:53 am

Arkib Utusan Malaysia 29/06/2009

Oleh : Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.

Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.

Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: "Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya."

Selanjutnya, di sini

 

Arkib Utusan Malaysia 22/06/2009

Kewajiban Mencibtai Nabi SAW  :

Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yang sebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini pada minggu lepas telah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada umatnya.

Maka wajarlah pada kali ini, jika kita menyambung bicara tentang kewajipan kita pula sebagai Umat Nabi Muhammad SAW membalas kasih Rasulullah SAW terhadap kita serta mencintai Baginda SAW seperti yang selayaknya.

Hakikat bahawa Rasulullah SAW wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya sangat jelas di sisi syarak. Ia sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, yang merupakan sumber agama yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar Muslim.

Di samping perintah yang terang nyata dalam nas-nas wahyu, akal dan fitrah yang sihat juga sangat kuat mendukung keperluan dan kepentingan kita mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.

Oleh itu, mencintai Nabi SAW adalah suatu yang wajib baik dari sudut naqli (wahyu) mahupun aqli (logik).

Selanjutnya, di sini.

UmumJune 15, 2009 7:59 am

Kursus Motivasi Solat Siri 2 (13 hingga 18 tahun) diadakan pada 20 Jun 2009 ( Sabtu )di Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Rembau. Sebarang maklumat dan tempahan tempat bolehlah hubungi Norizam di talian 013-380 7785.

***************

JADUAL KELAS  PENGAJIAN 

SHEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL MALIKI

BAGI BULAN JUN 2009

KLIK DI SINI

Umum 6:58 am

Arkib Utusan Malaysia 15/06/2009

Oleh : PANEL PENYELIDIKAN, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb’ atau cinta dan kasih-sayang. Jika dalam kesempatan yang lepas kita mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, marilah pula kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, "Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." (riwayat al-Darimi).

Untuk selanjutnya, klik di sini.